ELAK SAKIT LUTUT, PELARI HARUS LAKUKAN INI

Sakit lutut dan pelari adalah cerita yang selalu kedengaran antaranya seperti Running Knees. Disebabkan ramai sertai acara larian, jadi coach terpanggil untuk berkongsi cara untuk atasi sakit lutut.


Sumber foto : https://my.clevelandclinic.org/health/body/24777-knee-joint


Lutut merupakan sendi terbesar didalam tubuh manusia kerana 3 faktor iaitu, melibatkan 3 tulang, harus menanggung tekanan berat badan dan jenis hinge joint yang berbeza dengan hinge joint yang lain kerana membenarkan pergerakan side - to - side. Justeru menjaga kesihatan sendi lutut amatlah penting terutama anda yang serius berlari. 


SEBELUM ACARA BERLARI


Beberapa minggu sebelum acara larian, jadualkanlah aktiviti seperti knee extension (Machine), leg curls (machine), Calf Raise (machine).  Lakukan dengan ulangan tinggi  antara 15-20 dengan 4-6 set. Penggunaan mesin ini bertujuan memberi kesan fokus kepada otot terbabit. Namun pada minggu-minggu terakhir jangan lakukan aktiviti ini tetapi ubah kepada yang seakan-akan pergerakan berlari seperti lunges, naik dan turun tangga, side to side run, high knee dan sebagainya.


Aktiviti Knee Extension 
Sumber foto : knee extension machine - Bing images


Sumber fotot : leg curl machine - Bing images


Sumber foto : calf raise exercise - Bing images



SEMASA ACARA BERLARI


Semasa berlari pastikan guna kasut sukan yang betul. Biarlah jenama cap ayam sekalipun asalkan bertapak tebal di tumit dan flexible di tapak kaki (ciri-ciri asas).





Sumber foto : Brooks Ghost Max Performance Review - WearTesters



Teknik larian harus dibetulkan juga. Kalau tidak anda akan membazir tenaga, mengundang ketegangan lutut dan berdepan kecederaan. Antara teknik terpenting adalah pastikan jangan overstride iaitu jangan biarkan lutut berada tidak selari dengan pergelangan kaki kerana postur yang salah ini menimbulkan sakit dibelakang lutut (popliteal strain) dan bawah lutut (patellar tendonitis)


Sumber foto : running strides - Bing images




SAKIT LUTUT SEBAB BERLARI? 

SET TEMUJANJI SEKARANG. 






 








Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG