Posts

Showing posts from September, 2026

Kenapa Lutut Sakit Selepas Naik Tangga?

Image
Pernah rasa sakit di bahagian lutut selepas naik tangga? Ramai menganggap ia semata-mata kerana lutut sudah “lemah”. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini. 1. Beban pada lutut meningkat Apabila kita menaiki tangga, lutut perlu bekerja lebih kuat berbanding ketika berjalan di permukaan rata.  Otot paha, khususnya quadriceps, perlu menghasilkan daya yang lebih besar untuk mengangkat berat badan ke atas. Pada masa yang sama, sendi lutut menerima beban yang lebih tinggi. Jika kekuatan otot tidak mencukupi atau pergerakan dilakukan dengan teknik yang kurang baik, lutut boleh menjadi lebih cepat letih dan sakit. 2. Otot paha dan pinggul kurang kuat Lutut bukan bekerja sendirian. Otot seperti quadriceps, hamstring dan gluteus membantu mengawal pergerakan lutut ketika menaiki dan menuruni tangga. Jika otot-otot ini lemah, kawalan pergerakan lutut boleh berkurangan. Kesannya, tekanan pada struktur sekitar lutut mungkin meningkat. 3. Masalah di tempurung lut...

3 Sebab Kenapa Buku Lali (Ankle) Mudah Terseliuh?

Image
Pernah tak sedang berjalan, berlari atau turun tangga… tiba-tiba kaki terpijak tidak kena gaya, buku lali terus terpeleot?  “ADUH! Terseliuh!”  Buku lali merupakan antara bahagian tubuh yang paling mudah mengalami kecederaan, terutamanya ketika melakukan aktiviti sukan atau pergerakan yang melibatkan perubahan arah dengan cepat. Justeru penulisan kali ini coach kongsikan  kenapa buku lali begitu mudah terseliuh? TANGGUNG BEBAN Setiap kali kita berdiri, berjalan, berlari atau melompat, buku lali menerima beban daripada berat badan serta daya hentakan.  Semasa berlari dan mendarat selepas melompat, beban pada kaki boleh menjadi jauh lebih tinggi berbanding ketika berdiri biasa. Sebab itu, apabila kaki mendarat dalam posisi yang salah, ligamen di sekeliling buku lali boleh mengalami regangan berlebihan lalu koyak. PERGERAKAN SANGAT KOMPLEKS Buku lali bukan sekadar bergerak ke atas dan ke bawah,  Ia membantu kita melakukan pelbagai pergerakan ketika berjalan, berla...