Kenapa Lutut Sakit Selepas Naik Tangga?
Pernah rasa sakit di bahagian lutut selepas naik tangga?Ramai menganggap ia semata-mata kerana lutut sudah “lemah”. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini.
1. Beban pada lutut meningkat
Apabila kita menaiki tangga, lutut perlu bekerja lebih kuat berbanding ketika berjalan di permukaan rata. Otot paha, khususnya quadriceps, perlu menghasilkan daya yang lebih besar untuk mengangkat berat badan ke atas. Pada masa yang sama, sendi lutut menerima beban yang lebih tinggi.Jika kekuatan otot tidak mencukupi atau pergerakan dilakukan dengan teknik yang kurang baik, lutut boleh menjadi lebih cepat letih dan sakit.
2. Otot paha dan pinggul kurang kuat
Lutut bukan bekerja sendirian.Otot seperti quadriceps, hamstring dan gluteus membantu mengawal pergerakan lutut ketika menaiki dan menuruni tangga.Jika otot-otot ini lemah, kawalan pergerakan lutut boleh berkurangan. Kesannya, tekanan pada struktur sekitar lutut mungkin meningkat.
3. Masalah di tempurung lutut
Salah satu punca yang biasa dikaitkan dengan sakit ketika naik tangga ialah patellofemoral pain (juga dikenali runner's knee) dan pattelar tendonitis. Patellofemoral pain lebih terasa sakit dari bahagian atas tempurung lutut hingga paha iaitu 1/3 daripada tempurung lutut. Sementara patellar tendonitis bermula dari tempurung hingga sedikit ke betis.
4. Berat badan berlebihan
Berat badan juga boleh mempengaruhi beban mekanikal pada sendi ketika melakukan aktiviti seperti menaiki tangga. Lebih tinggi beban yang perlu dikawal oleh kaki, lebih tinggi tuntutan terhadap otot dan sendi. Sebab itu, pengurusan berat badan melalui pemakanan yang baik, aktiviti fizikal dan latihan kekuatan boleh menjadi sebahagian daripada strategi menjaga kesihatan lutut.
Oleh itu, lokasi sakit, tempoh sakit, aktiviti yang mencetuskan sakit dan kewujudan bengkak amat penting untuk mengenal pasti kemungkinan puncanya.Lutut sakit selepas naik tangga bukan semestinya bermaksud lutut sudah rosak.
SELESAIKAN
SAKIT LUTUT ANDA
DISINI
.png)
.png)
.png)
.png)

Comments
Post a Comment