Posts

Mengapa Dato Azizul Juara Keirin UCI 2026

Image
Bila sebut pasal basikal mesti ‘kiblat’ kita kepada Dato Azizul Hasni Awang selaku juara dunia acara keirin. Jadi mari kita selidiki antara punca kejayaannya dari aspek kecederaan supaya kita boleh mengikuti jejak beliau.  ELAK PELVIC TILT Untuk menjadi juara, seseorang itu mesti memastikan jangan ada isu tulang pinggul condong ke hadapan atau kebelakang yang dipanggil sebagai Pelvic Tilt. Keadaan ini selalu berlaku kerana faktor latihan ketat dan tertumpu kepada kayuhan pecut untuk membina kekuatan otot quadriceps dan pinggul. Kesan buruknya atlet akan berdepan risiko mengalami lower back injury.   Hal ini seringkali coach dapati semasa membuat ujian fizikal seperti Thomas Test yang menunjukkan otot hip flexor ketat dan tegang .  MENGALAMI KECEDERAAN SUKAN? SAKIT DAN TEGANG OTOT PAHA, BELAKANG? DAPATKAN SPORTS MASSAGE TERBAIK DARI URUT-URUT BY COACH SUFIAN KLIK FOTO DIBAWAH SEKARANG HAMSTRING JANGAN TEGANG  Mengayuh dengan pecutan memang menggunakan otot paha hadap...

Sakit Lutut Berbasikal: Punca, Kesan & Cara Mencegah PFPS

Image
Kayuhan basikal sepatutnya memberi kesihatan, tetapi bagi sesetengah penunggang, ia boleh membawa kepada masalah lutut yang menyakitkan. Salah satu kecederaan paling biasa ialah patellofemoral pain syndrome (PFPS). APA ITU PATELLOFEMORAL PAIN SYNDROME? PFPS berlaku apabila tempurung lutut ( patella ) tidak bergerak pada landasanya (ditengah-tengah condyle tulang femur) tetapi tergelincir ke kanan atau ke kiri semasa kayuhan.  Lama-kelamaan menyebabkan geseran dan keradangan didepan, belakang tempurung atau di permukaan condyle femur.  Simptom paling jelas terkena PFPS adalah rasa tegang , ketat dan  sakit di hadapan lutut, terutama ketika mengayuh basikal dan menaiki tangga.  MENGAPA PENUNGGANG  BASIKAL MUDAH TERKENA Antara sebabnya adalah, ulangan kayuhan yang banyak dalam latihan mahupun pertandingan.  Sebagai penunggang basikal, kayuhan yang banyak tidak dapat dielakkan kerana ulangan kayuhan amat penting untuk membina prestasi. Justeru apa yang pe...

Kuasai Smash, Lindungi Otot Dari Cedera

Image
SMASH PADU Smash yang padu bukan hanya bergantung pada teknik, tetapi juga pada keadaan otot yang sihat dan fleksibel. Ramai pemain badminton mengalami masalah otot tegang atau kecederaan kecil yang akhirnya menjejaskan prestasi.  Sumber foto : https://www.animalia-life.club/qa/pictures/ badminton-overhead-clear-shot.html SENAM BEBANAN Untuk pastikan smash sentiasa power, senaman bebanan untuk membina ketahanan dan kekuatan hendaklah dilakukan kepada otot subscapularis, teres major, latissimus dorsi, anterior deltoid dan pectoralis minor dan major. Digalakkan untuk melakukan senaman Resistance Band inward rotation seperti foto dibawah. Coach sedang mengajar senaman RB Inward Rotation ROTATOR CUFF Ramai pemain amatur tidak fokus kepada elemen ini, mereka lebih gemar mengasah skil dan koordinasi di gelanggang yang akhirnya mengundang risiko kecederaan bahu melibatkan kumpulan otot rotator cuff. FULL BODY SPORTS MASSAGE Selain senaman, merancang untuk melakukan full body sports ...

Bola Sepak & Kecederaan Otot: Apa Yang Ramai Tak Tahu

Image
Bola sepak bukan sekadar sukan hiburan, ia adalah permainan yang menuntut kekuatan fizikal, kelajuan, dan ketahanan mental. Namun di sebalik sorakan di stadium, ramai tidak sedar bahawa kecederaan otot adalah “musuh senyap” yang sering dialami oleh pemain sama ada profesional atau amatur KECEDERAAN Antara jenis kecederaan otot yang paling kerap berlaku adalah Hamstring strain, Quadriceps strain, Calf strain dan Groin pull. Hamstring strain selalu terjadi ketika tiba-tiba berlari pecut. Kecederaan ini terkena kepada winger dan striker. True pass dan One Two adalah 2 taktikal bolasepak yang sering menjadi punca hamstring strains. Ia juga boleh berlaku ketika striker landing selepas one to one challenge dengan gol keeper lawan. Sumber foto : https://premierppt.com/articles/soccer-injuries-orlando-hamstring-strain PUNCA Antara punca utama mengundang kecederaan ini adalah latihan yang intensif tanpa jadual pemulihan yang mencukupi, k urang pemanasan dan regangan sebelum perlawanan, Beban b...

BADAN CEPAT LETIH PETANDA APA?

Image
Tidur dah jaga, makan dah kawal tetapi tetap lesu. Apa hal?. Nak buat apapun tak bermaya, fokus hilang, seronok hilang akhirnya kerja pun hilang. bos buang!. Jadi disini coach kongsikan beberapa perkara yang mungkin korang terlepas pandang  PUNCA  Antara punca yang mungkin kita terlepas pandang adalah penyakit diabetis yang sedang membangun yang dikenali sebagai  prediabetic. Seorang yang prediabetic, bacaan kandungan gula dalam darahnya didapati tinggi (tidak normal) tetapi belum memasuki bacaan penghidap diabetis 2. Bacaan gula ketika berpuasa yang normal adalah sekitar 70-99 mg/dl. tetapi orang yang terkena prediabetic mencatatkan 100-125 mg/dl.   Sumber foto :  What-is-Insulin-Resistance.jpg (1000×1000) INSULINE RESISTANCE Keadaan gula dalam darah yang tinggi ini adalah gejala insulin resistance , dimana gula dalam darah tidak dapat memasuki sel, Keadaan ini mencetuskan pelbagai masalah termasuk keradangan saluran darah . Dalam konteks lesu, apabila gul...

REDAKAN SAKIT KEPALA DENGAN AROMATERAPI BY COACH SUFIAN

Image
Sakit kepala adalah salah satu kesan atau impak setelah seseorang mengalami stres.  Jika berlarutan ia boleh mengugat emosi lalu tercetuslah  kemurungan .  Dari T injauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2 023 mendedahkan seramai sejuta atau bersamaan  4.6 peratus  penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan.   SAKIT KEPALA, LEHER DAN BAHU?  CUBALAH AROMATERAPI BY COACH SUFIAN HARI INI.  < KLIK FOTO UNTUK MEMBELI > Stres adalah tindak balas fizikal, mental, dan emosi seseorang terhadap tekanan atau tuntutan yang melebihi kemampuan. Manusia memang diciptakan untuk mendapani cabaran (stres).  Justeru, manusia harus tahu bagaimana nak mengurus stres. S ebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :    "Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun." - Al-Mulk 2.    LINALOOL PENGHILANG SAKIT KEPALA Salah satu...

TANDA-TANDA AWAL SAKIT BELAKANG

Image
Sebelum anda mendapat sakit belakang, sebenarnya terdapat petanda awal yang boleh membantu supaya sakit belakang dapat dihindari.  Jom coach kongsikan  TEGANG KETIKA MENUNDUK Lazimnya ketika melakukan pergerakan menunduk dan memusingkan badan, anda akan merasa pergerakan tidak seefisien selalu. Julat pergerakan menjadi terbatas yakni tidak boleh menunduk secara maksima dan jika dipaksa, timbul rasa tegang pula. KERAS DAN TEGAK KETIKA BERDIRI DAN BERJALAN Ketika berdiri, berjalan, bahagian pinggang seperti ada kayu tegak sejajar dengan tulang belakang. Sebab itu pada peringkat awal, mereka yang sakit belakang akan kelihatan berjalan seperti penguin. Sebenarnya 2 petanda itu (tegang dan keras) gambaran kepada strain di otot kerana terlalu letih kesan perlakuan secara berluang atau lama. Contohnya sakit belakang kerana menunggang motosikal (rider), Sakit belakang kerana duduk lama dipejabat dsbnya.  Maka berhati-hatilah dengan 2 tanda ini dan segera mengelak perkara ...