BADAN CEPAT LETIH PETANDA APA?
Tidur dah jaga, makan dah kawal tetapi tetap lesu. Apa hal?. Nak buat apapun tak bermaya, fokus hilang, seronok hilang akhirnya kerja pun hilang. bos buang!. Jadi disini coach kongsikan beberapa perkara yang mungkin korang terlepas pandang
PUNCA
Antara punca yang mungkin kita terlepas pandang adalah penyakit diabetis yang sedang membangun yang dikenali sebagai prediabetic. Seorang yang prediabetic, bacaan kandungan gula dalam darahnya didapati tinggi (tidak normal) tetapi belum memasuki bacaan penghidap diabetis 2. Bacaan gula ketika berpuasa yang normal adalah sekitar 70-99 mg/dl. tetapi orang yang terkena prediabetic mencatatkan 100-125 mg/dl.
| Sumber foto : What-is-Insulin-Resistance.jpg (1000×1000) |
INSULINE RESISTANCE
Keadaan gula dalam darah yang tinggi ini adalah gejala insulin resistance, dimana gula dalam darah tidak dapat memasuki sel, Keadaan ini mencetuskan pelbagai masalah termasuk keradangan saluran darah. Dalam konteks lesu, apabila gula yang tidak dapat memasuki sel menyebabkan otot kekurangan bekalan gula (tenaga), kesannya otot (tubuh) cepat penat dan lesu.
GLUCONEOGENESIS
Kekurangan gula menyebabkan tubuh bergerak (otot menguncup) dengan menggunakan sumber tenaga lain seperti protien (amino acid), glycerol dan lactate melalui proses gluconeogenesis. Keadaan ini menyebabkan tubuh mudah menjadi sangat lesu. Lama-kelamaan, ia mengecilkan tisu otot, melemahkan kekuatan otot, mengurangkan ketahanan otot seterusnya menjadikan kita lesu dan sakit.
Cara terbaik mengatasi kelesuan otot ini adalah dengan melakukan fullbody sport massage. Salah satu teknik terbaiknya adalah kneading yang mampu merehatkan otot dan mengaktifkan aliran darah untuk mengeluarkan pengumpulan acid lactate dalam sel otot.
SET TEMUJANJI SEKARANG
FULLBODY SPORTS MASSAGE
TERBAIK

Comments
Post a Comment