Kuasai Smash, Lindungi Otot Dari Cedera

SMASH PADU

Smash yang padu bukan hanya bergantung pada teknik, tetapi juga pada keadaan otot yang sihat dan fleksibel. Ramai pemain badminton mengalami masalah otot tegang atau kecederaan kecil yang akhirnya menjejaskan prestasi. 

Sumber foto : https://www.animalia-life.club/qa/pictures/
badminton-overhead-clear-shot.html

SENAM BEBANAN

Untuk pastikan smash sentiasa power, senaman bebanan untuk membina ketahanan dan kekuatan hendaklah dilakukan kepada otot subscapularis, teres major, latissimus dorsi, anterior deltoid dan pectoralis minor dan major. Digalakkan untuk melakukan senaman Resistance Band inward rotation seperti foto dibawah.


Coach sedang mengajar senaman RB Inward Rotation


ROTATOR CUFF

Ramai pemain amatur tidak fokus kepada elemen ini, mereka lebih gemar mengasah skil dan koordinasi di gelanggang yang akhirnya mengundang risiko kecederaan bahu melibatkan kumpulan otot rotator cuff.


FULL BODY SPORTS MASSAGE

Selain senaman, merancang untuk melakukan full body sports massage juga satu kaedah terbaik untuk menjaga kekuatan smash. Full Body Sports Massage memberi banyak faedah seperti meningkatkan fleksibiliti otot, mempercepat pemulihan, mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan stamina.


Otot yang elastik selepas urutan dan latihan bebanan dapat meningkatkan julat pergerakan sendi bahu seterusnya rasa bebas untuk melakukan smash. Pukulan smash menjadi lebih tajam, bertenaga, tepat dan fokus lebih mantap. 



DAPATKAN
THE BEST FULL BODY SPORTS MASSAGE
DISINI




Comments

Popular posts from this blog

HANDPHONE PUNCA SAKIT LEHER

BANTAL PUNCA SAKIT LEHER?

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER