Sakit Lutut Berbasikal: Punca, Kesan & Cara Mencegah PFPS
Kayuhan basikal sepatutnya memberi kesihatan, tetapi bagi sesetengah penunggang, ia boleh membawa kepada masalah lutut yang menyakitkan. Salah satu kecederaan paling biasa ialah patellofemoral pain syndrome (PFPS).
APA ITU PATELLOFEMORAL PAIN SYNDROME?
PFPS berlaku apabila tempurung lutut (patella) tidak bergerak pada landasanya (ditengah-tengah condyle tulang femur) tetapi tergelincir ke kanan atau ke kiri semasa kayuhan. Lama-kelamaan menyebabkan geseran dan keradangan didepan, belakang tempurung atau di permukaan condyle femur. Simptom paling jelas terkena PFPS adalah rasa tegang, ketat dan sakit di hadapan lutut, terutama ketika mengayuh basikal dan menaiki tangga.
![]() |
MENGAPA PENUNGGANG
BASIKAL MUDAH TERKENA
Antara sebabnya adalah, ulangan kayuhan yang banyak dalam latihan mahupun pertandingan. Sebagai penunggang basikal, kayuhan yang banyak tidak dapat dielakkan kerana ulangan kayuhan amat penting untuk membina prestasi. Justeru apa yang perlu dibuat adalah kita harus tahu limitasinya dan perlu jadualkan sekurang-kurangnya full body sports massage 1 x sebulan.
Postur badan membongkok memang bagus dan betul kerana ia membantu kuasa kayuhan. Tetapi sebagai penunggang, kita harus tahu bila saatnya harus membongkokkan badan. Tidaklah perlu membongkok dalam setiap masa. Dalam sukan berbasikal, kekuatan otot quadriceps yang tidak seimbang antara vastus lateralis dan vastus medialis juga boleh mencetus PFPS ini. Apatah lagi jika hanya satu kaki sahaja yang 'hidup' (dominan mengayuh).
CARA MENCEGAH &
MENGURANGKAN RISIKO
Bila mula berkayuh, laraslah ketinggian saddle (tempat duduk) pastikan ianya tepat, tidak terlalu rendah atau tinggi kerana ia mempengaruhi postur. Adakan latihan bebanan bagi membina ketahanan dan kekuatan pada otot di paha seperti squat, knee extension leg press untuk mencegah otot dari cedera. Lakukan juga regangan yang khusus di bahagian paha terutama quadriceps, hamstring, gastrocnemius dll.
SAKIT LUTUT KETIKA BERBASIKAL?
SET TEMUJANJI
ANDA SEKARANG
.png)
.png)

.png)
.png)

Comments
Post a Comment