RUNNER'S KNEE

Coach Sufian Sedang menilai tahap kecerderaan lutut pesakit 


Pernah dengar Runner's Knee? Yang bukan runner mungkin tak pernah dengar. Yang runner mungkin tahu, tapi jangan terkejut ada jer yang tak tahu walaupun hari-hari berlari bagai nak giler. Ringkasnya, Runner Knee's ini adalah sakit lutut, disebabkan kesakitan ini lazimnya terkena kepada pelari, maka ia digelar Runner Knee. 


"Sebab itu pemain bolasepak jarang mengalami Runner's Knee kerana corak permainannya memerlukan kepelbagaian pergerakan sendi. Tetapi pelari, hanya melibatkan satu corak pergerakan sendi yang sama berulang-ulang"

Sumber foto : Runner's knee:causes, symptoms, and treatment (injurymap.com)


TONTON PERBEZAAN 
SEBELUM DAN SELEPAS URUT 


TETAPKAN TEMUJANJI ANDA SEKARANG 
KLIK SINI > URUT-URUT BY COACH SUFIAN <


PUNCA RUNNER'S KNEE

Puncanya banyak, lazimnya ia berpunca dari rutin  aktiviti yang keterlaluan dari aspek penggunaan daya yang tinggi, jangkamasa yang lama (panjang) dan koordinasi pergerakan yang sama berulang-ulang. 

SIMPTOM

Dengan 3 kondisi tersebut diatas, tendon tempurung lutut mengalami keradangan yang luar biasa. Rasa sakit tegang dan menyucuk (pedih-pedih) dialami diawal 15 minit aktiviti. Apabila otot sudah 'panas', kesakitan hilang buat seketika dan muncul kembali apabila otot mulai letih (tidak kuat) yang kebiasaannya berlaku pada minit 30 hingga 45 minit keatas.

 

LOKASI 

Lokasi kesakitan lazimnya ber paksi kepada patellar tendon. Jika ketegangan itu dari otot quadriceps bahagian atas pattelar akan lebih sakit. Bahagian bawah pattelar pula lazimnya terkena kepada mereka yang banyak melibatkan aktiviti imbangan badan seperti menuruni bukit. 
  
Runner Knee's menyebabkan
Patellar tendon menjadi tegang dan berisiko untuk koyak.
Sumber foto : Patella Tendon Rupture – Core EM 


BAGAIMANA MENGATASINYA

Oleh kerana ia berpunca dari 'overused', maka gabungan rehat dan latihan rehab yang spesifik perlu dilakukan. Rehat bukanlah bermaksud tidur tetapi lakukan perkara yang boleh meredakan keradangan seperti mendapatkan khidmat sports massage. Latihan rehab pula harus membina ketahanan otot quadriceps dengan kaedah isometric. 

SAKIT LUTUT?? 
BUAT TEMUJANJI ANDA SEKARANG. 
KLIK FOTO DIBAWAH






 


Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG