BANTAL PUNCA SAKIT LEHER?



Awasi ketinggian dan kelembutan bantal.
Bantal yang terlalu tinggi akan mencederakan otot leher   


Setiap kali sakit leher, bantallah yang disalahkan. Benarkah bantal penyebabnya? . Mari Urut-Urut bantu. 


ANATOMI LEHER 


Tulang Cervical (C1-C7) (merah)

Untuk memahaminya, Urut-Urut mulakan dengan mengenali anatomi leher terlebih dahulu. Leher mengandungi 7 tulang vertebrae yang dilabel sebagai Cervicle 1 hingga Cervicle 7. Disebabkan ia vertebrae, leher boleh melakukan pergerakan flexion, extension, hyper extension, lateral rotation dan rotation. 




Kesemua pergerakan ini dicetuskan oleh otot-otot yang melekat di tulang leher dan sekitar.  Contohnya, Flexion dilakukan oleh otot longus Colli dan longus capitus.  Extension pula dilakukan oleh otot Splenius Capitis dan Splenius Cervics. 




  




Ketika tidur secara mengiring, leher sebenarnya berada pada postur lateral rotation. Jika bantal terlalu tinggi, julat lateral rotation semakin membesar menyebabkan otot yang berada di sisi tulang leher terlebih meregang. Keadaan ini menimbulkan stres kepada otot secara essentrik lalu membengkak. 





Ketika tidur secara terlentang pula, leher akan berada pada postur flexion. Jika bantal terlalu tinggi, otot yang berada di belakang tulang cervicle akan terlebih meregang. 
 


TIP URUT LEHER, 

TONTON VIDEO INI 




Bagaimana pula jika bantal rendah dalam posisi baring terlentang dan mengiring? Jawapannya, akan berlaku ketegangan yang sama tetapi pada bahagian otot berlawanan.


Jadi, bantal memang memberi kesan langsung kepada risiko sakit leher. Awas pastikan jangan terlalu tinggi dan keras dan jangan pula terlalu rendah dan lembik


 

HILANGKAN SAKIT LEHER 

DENGAN SPORTS MASSAGE 

KLIK FOTO DIBAWAH SEKARANG









Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG