HANDPHONE PUNCA SAKIT LEHER
Semua orang pakai Handphone kan?. Handphone kini adalah alat terpenting bagi umat manusia. Tak salah memiliki handphone. Yang salah adalah cara penggunaan sehingga mencederakan tubuh. Justeru kali ini coach nak kupas bagaimana handphone menyebabkan kecederaan leher dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah.
Postur kepala ketika menggunakan handphone semasa duduk |
Otot Splenius Cervicis
PUNCANYA..
Kebiasaanya handphone digunakan dalam postur duduk dan leher sedikit menunduk atau dikenali sebagai flexion. Pada postur ini, otot leher yang bertindak menahan kepala dari terlalu menunduk (Hyper flexion) atau mendongak (Extension) adalah spinalis cervicis. Jika terlalu lama otot tersebut akan mengalami bengkak.
BELIAU SAKIT LEHER,
BAHU DAN BELAKANG.
IKUTI REVIEW BELIAU
DISINI
TONTON
PESAKIT LEHER PULIH
SELEPAS SPORTS MASSAGE
KESAN
Kesannya anda akan mengalami rasa tegang dileher sehingga sebahagian bahu dan belakang badan ketika menunduk dan memusingkan kepala. Walaupun tidak menundukkan kepala namun aktiviti seperti mengambil barang dilantai juga akan menyebabkan sakit dileher.
PEMULIHAN
Jika sudah terkena, coach sarankan lakukan Static Head Flexion with Resistance Band. Latihan ini akan membina ketahanan otot Splenius Cervicis kerana daya yang terwujud dari resistance band merangsang kontraksi otot secara isometric.
Jika tiada resistance band, boleh lakukan dengan menggunakan tapak tangan sendiri. Namun cara ini tidaklah bagus berbanding penggunaan resistance band kerana perbezaan kewujudkan daya. Sebagai alternatif, jika tiada resistance band, boleh menggunakan tuala dan libatkan rakan untuk menarik tuala ke belakang sementara kita menahan.
Comments
Post a Comment