2 KESALAHAN WANITA DI GYM
Bila di gym selalu coach lihat ramai orang buat benda yang salah, terutama wanita. Nak tegur salah, tak tegur pun salah. Kang dia ingat kita nak ngorat dia. Mmm. Jadi posting kali ini coach akan kongsikan 2 kesalahan yang lazim dilakukan wanita ketika bersenam di gim yang boleh mencederakan tubuh.
SIKU KE BAWAH
SAKIT BELIKAT?
MENCARI TUKANG URUT WANITA?
URUT-URUT BY COACH SUFIAN SOLUSINYA
SET TEMUJANJI SEKARANG.
TEKAN SINI URUT-URUT
Ini selalu coach lihat ketika melakukan Shoulder press. Disebabkan dumbbell berat atau tidak berdaya, lama kelamaan paras siku tidak lagi separas telinga, tetapi beransur-ansur ke bawah (seperti garisan merah). Jika berterusan, otot supraspinatus dan levator scapular akan tegang dan bengkak.
MENDADA
Mendada bukan suka-suka tau. Bukan saja-saja. Mendada atau Chest-up adalah prosedur penting untuk mengunci sendi. Ini selalu coach lihat semasa wanita melakukan Machine Chest Press.
Jika tidak sendi tulang belakang dan belikat akan bergerak (tidak stabil) dan bebanan tersasar. Jika berterusan, lama kelamaan otot yang berhampiran tulang seperti spinalis, rhomboid akan tegang dan bengkak.
Comments
Post a Comment