PATELLAR TENDONITIS

 PATELLAR TENDONITIS

“Sekejap sakit sekejap tak sakit. Bila bersukan sakit bila rehat tak sakit”. Itu antara keluhan pesakit coach yang mengadu sakit di tempurung lututnya. Dari kebanyakkan yang dirawat, mereka mengalami Patellar Tendonitis. Apakah itu patellar tendonitis? Jom coach kongsikan maklumatnya. 


-------------------------------------------

MENCARI TUKANG URUT WANITA
UNTUK SAKIT LUTUT ANDA?

SET TEMUJANJI ANDA SEKARANG 

-------------------------------------------




Coach sedang menguji kecederaan patellar tendonitis.
Lazimnya pesakit akan merasa tidak selesa dibahagian tempurung lutut

PATELLAR TENDON

Patellar Tendonitis adalah keadaan radang atau bengkak pada tendon patellar menyebabkan timbul rasa sakit, bengkak, tegang dan sebagainya. Tendon ini melekat di tempurung lutut dan berakhir tibial tuberosity.



Patellar tendon melekat di tempurung lutut dan tulang kaki (betis) tibia. 
Jika tempurung lutut ditarik keatas oleh kekuatan quadriceps, tentulah tendon ini akan tegang dan mudah radang. 

SIMPTOM

Tanda sudah terkena patellar tendonitis adalah sakit mencucuk di kepala lutut ketika menaiki tangga. Sakit lutut ketika hendak duduk dijamban. Sakit ketika melompat. Semua simptom ini berlaku kerana semua contoh pergerakan ini menguncupkan otot quadriceps lalu sekaligus menarik patellar tendon.



PUNCA 


Punca utamanya disebabkan oleh overused atau overtrain yang lazimnya melibatkan satu aktiviti yang panjang seperti mendaki gunung, berbasikal jarak jauh, berlari jarak jauh, pelari trail yang menyebabkan tendon menjadi lemah. Atau beberapa siri latihan yang pendek atau sederhana penggunaan masanya tetapi berterusan seperti latihan olahraga 100m, latihan lompat tinggi latihan angkat berat (squatting) yang menimbulkan otot paha yang tegang, tarikan otot yang tidak seimbang dan sebagainya.





Aktiviti mendaki akan meningkatkan risiko terkena patellar tendonitis.
Mendaki memberi tekanan yang panjang dan berulang kepada patellar tendon semasa mendaki dan menuruni kerana otot quadriceps membuat kontraksi isotonik dan isometrik


SAKIT LUTUT?
SET TEMUJANJI ANDA SEKARANG








Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG