PAYU DARA PUNCA WANITA SAKIT BELAKANG

Mengapa wanita mudah sakit belakang terutama di bahagian belikat? Selain amalan postur duduk yang salah ketika menggunakan komputer dan kelesuan otot, sebenarnya berat payu dara juga menjadi punca.


PAYUDARA


Secara purata berat payudara wanita adalah sekitar 0.5 kg (1.1 pound) dan semakin bertambah berat ketika mengandung terutama dihujung kehamilan , semasa berpantang dan pengaruh genetik. Di belakang atau di bawah tisu payudara terdapat otot pectoralis major yang menjadi dasar pemegang payudara.



Fascia pectoralis major adalah pemegang tisu payudara. 



SAKIT BELIKAT?

MENCARI TUKANG URUT WANITA?

URUT-URUT BY COACH SUFIAN SOLUSINYA

SET TEMUJANJI SEKARANG.

TEKAN SINI URUT-URUT

Coach sedang menilai tahap kecederaan
sebelum tukang urut wanita membuat urutan 


OTOT BERISIKO BENGKAK DAN SAKIT  


Selain otot pectoralis, otot yang berisiko sakit dan tegang kesan berat payu dara adalah otot belakang iaitu rhomboid, spinalis, longissimus dan costalis. Kenapa otot belakang terkena tempias? Ini disebabkan oleh kesan tarikan graviti dan faktor otot dada yang lemah menyebabkan otot belakang yang menjadi antagonis kepada otot dada telah dipaksa meregang dalam durasi panjang.







CARA ATASI 


Takkan kena kecilkan payudarakan? Disebabkan terdapat 2 punca, maka salah satu cara yang realistik adalah dengan menguatkan kembali otot dada. kuatkan otot yang berkaitan dengan payudara iaitu pectoralis major dan minor supaya kedua otot ini boleh memegang tisu payu dara dengan baik. Kesannya otot belakang akan kurang tegang. Untuk itu lakukan wall push up 




Cara kedua, pula lakukan senaman bent over row atau seated row. Dengan menggunakan resistance band. Latihan ini akan membantu mengurangkan kesakitan di bahagian belikat terutama otot rhomboid. 




SAKIT BELAKANG DAN BELIKAT?

SET TEMU JANJI SEKARANG

Rujukan : 

Bra Sizes - Calculating Cup Volume and Breast Weight | Calculating Cup Volume Breast Weight (liquisearch.com) 




 



Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG