SAKIT PINGGUL KERANA DUDUK LAMA


 SAKIT PINGGUL KERANA DUDUK LAMA

Duduk salah berdiri pun salah. Tapi kerja mesti diselesaikan. Itulah dilema mereka yang mengalami sakit pinggul ketika duduk. Bila dirujuk kepada doktor, antara saranan popular adalah “tolong kurangkan berat badan”. Justeru posting kali ini coach akan bincangkan adakah berat badan punca sakit pinggul



KLIK FOTO DIBAWAH TONTON BEFORE AFTER
KESAN URUTAN SUKAN






PINGGUL HAMPIR PUSAT BEBAN


Secara umum titik bebanan manusia berada di separuh daripada struktur badan yang terletak di Sacro Lumbar joint.


Disinilah titik bebanan




Apabila duduk dalam postur yang salah (senget)
titik bebanan akan bergerak ke sacroiliac joint. 



Namun ketika duduk, titik beban ini bergerak ke Sacroiliac joint yang berada di pinggul. Keadaan ini, menyebabkan kita terasa bebanan betul-betul berada dipinggul



OBES BUKAN PUNCA UTAMA SAKIT PINGGUL



Pernyataan semakin seseorang itu obes semakin tinggilah bebanan di pinggul dan semakin berisiko mendapat sakit pinggul pada coach tidak begitu tepat. Ya memang tatkala duduk bebanan berada dipinggul namun jangan lupa orang obes memiliki ‘tilam’ yang empuk untuk menyerap bebanan.


Tambahan pula berdasarkan data pelanggan coach, ramai yang sakit pinggul bukanlah dari kalangan yang obes tetapi wanita yang kurus. Jadi bagi coach obes bukanlah punca utama, tetapi cara (tabiat) duduk senget, meletakkan dompet di kocek seluar,  dan daya ketahanan otot yang lemah dan sejarah kecederaan lampau adalah punca sakit pinggul.



SAKIT PINGGUL?

SELESAIKAN DENGAN SPORTS MASSAGE

KLIK FOTO INI DAN SET TEMUJANJI SEKARANG











Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG