CARPAL TUNNEL SYNDROME
Pesakit mengadu sakit ketika menaip. Penilaian kesakitan sedang dilakukan oleh urut-urut by Coach Sufian bagi menetapkan teknik dan metod urutan. |
INTRO
Ramai pekerja pejabat atau lebih tepat lagi yang menggunakan komputer sering mengadu pada Urut-Urut by Coach Sufian rasa sakit dan kebas-kebas di jari dan tapak tangan yang dikaitkan dengan Carpal Tunnel Syndrome. Apa sebenar punca masalah?. jom coach kupas apa itu Carpal Tunnel Syndrome.
TONTON KOMEN
PESAKIT SELEPAS MENJALANI
SPECIFIC SPORTS MASSAGE
DARI URUT-URUT BY COACH SUFIAN
CARPAL TUNNEL SYNDROME
Carpal tunnel syndrome adalah gangguan kepada lorong carpal atau lorong carpal menjadi sempit lalu menekan saraf median dan menimbulkan rasa sakit. Carpal adalah 7 tulang kecil yang diikat oleh ligament lalu membentuk pergelangan tangan yang juga dikenali sebagai condyloid synovial Joint. Tujuh tulang tersebut adalah tulang Scaphoid, lunate, Triquetrum, Hamate, Capitate, Trapezoid dan Trapezium.
Sumber foto : carpal-tunnel-syndrome
Sumber foto : types-of-synovial-joint
Pesakit tangan sedang diberi rawatan oleh Urut-Urut By Coach Sufian. |
BAGAIMANA IA BERLAKU
Kesakitan ini berlaku disebabkan adanya tekanan keatas tendon otot, ligamen, bursa dan sebagainya. Tekanan wujud dari kesalahan postur, keletihan melampau, kelemahan otot. Sebab itu ramai yang terkena masalah ini lazimnya mereka yang mengamalkan postur tangan lebih tinggi berbanding siku.
Sumber foto : carpal-tunnel-syndrome-cause-symptoms-and-treatment
LOKASI SAKIT
Akibat himpitan saraf median, bahagian tangan iaitu antara tulang karpal dan retinakulum fleksor. Biasanya ibu jari dan telunjuk, tengah atau jari manis terjejas, tetapi bukan jari kelingking. Anda mungkin merasakan sensasi seperti renjatan elektrik pada jari-jari ini. Sensasi boleh bergerak dari pergelangan tangan ke lengan. Gejala ini sering berlaku semasa memegang stereng, telefon atau surat khabar, atau mungkin menyedarkan anda daripada tidur.
Sumber foto : Compressed Median Nerve
Comments
Post a Comment