MENISCUS CEDERA?

Pening sekejap kan? Sekejap sakit, sekejap tak sakit..itulah yang selalu dikaitakan dengan kecederaan meniscus. jom coach kongsikan.


APA ITU MENISCUS 

Meniscus adalah pad rawan jenis fibrocartilage berbentuk C. Ia terletak di tibia (tulang keting) yang menjadi seakan ‘mangkuk’ bagi melengkapi pergerakan femur (tulang paha).  


Sumber foto : meniscus tear arthroscopic




FUNGSI 



Meniscus berfungsi sebagai penyerap hentakan dan menyediakan permukaan licin untuk lutut melakukan flexion dan extension. Justeru jika berat badan terlalu tinggi, jika tekanan terlalu kuat, dan jika jangkamasa bebanan terlalu lama, meniscus akan terdedah kepada kecederaan. Tulang paha di bahagian condyle akan menekan lalu menimbulkan rasa sakit.



Tulang paha dibahagian condyle adalah 'pasangan' meniscus.
Sumber foto : femur epicondyle - Bing






Berdiri terlalu lama boleh meningkatkan tekanan kepada meniscus

lalu mengundang kecederaan terutama mereka yang bertubuh gempal.

Sumber foto : https://time.com/shopping/article/best-shoes-for-standing-all-day/




KECEDERAAN 


Terdapat 6 jenis kecederaan yang lazim berlaku di meniscus. Jenis-jenis ini berkait rapat dengan aktiviti atau pergerakan yang dilakukan. Namun yang jelas, semakin kronik kecederaan itu bererti kecederaan itu telahpun bertapak lama.



Kecederaan lazim bagi meniscus
Sumber foto : Meniscal Tear - Have You Torn Your Meniscus? (complete-physio.co.uk)



 SAKIT LUTUT? 
DAPATKAN 10% DISKAUN 
 KLIK FOTO DAN SET TEMUJANJI ANDA 
 SEKARANG




Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG