SAKIT, TEGANG ANTARA BAHU DAN LEHER
Sakit dan tegang bahu selalu dialami oleh pekerja pejabat terutama dibahagian bahu dan pangkal leher. Justeru mari coach jelaskan punca terlebih dahulu supaya dapat dihindari sebaiknya.
Sumber foto : view dari belakang orang duduk menghadap komputer |
LOKASI
Sakit dan tegang bahu selalunya berlaku di lokasi yang bertanda merah kuning ini (lihat foto di atas). Lokasi tersebut jelas merujuk otot trapezius, levator scapular dan supraspinatus. Justeru, jika anda rasa sakit dan tegang di kawasan ini, ertinya ketiga-tiga otot ini sedang sakit.
TONTON KOMEN PESAKIT BAHU
SELEPAS SPORTS MASSAGE
SAKIT DAN TEGANG BAHU?
SELESAIKAN DENGAN SPORTS MASSAGE
KLIK FOTO SEKARANG
Sakit bahu selalu datang bersama sakit leher dan belakang (upper back) kerana dua dari tiga otot tersebut iaitu trapezius, dan levator scapular, melekat di tulang belakang dan tulang leher.
Sumber foto : trapezius |
Sumber foto : supraspinatus |
PUNCA
Jika dikaitkan dengan pekerja pejabat, lazimnya ia disebabkan salah postur duduk semasa menggunakan komputer.
Sumber foto : Tips posisi duduk menggunakan komputer |
Ketika menaip kedudukan tapak tangan lebih tinggi daripada siku, badan jauh daripada keyboard dan tulang belakang membongkok untuk fokus melihat skrin menyebabkan tulang belikat berada pada kedudukan forward depression.
Sumber foto : scapular movement - Bing images
Jika dikaitkan dengan bersukan, sukan-sukan yang menggunakan tangan seperti badminton, bola tampar, bola keranjang, bola baling, memanah, merejam lembing, ping-pong, tenis, berenang, golf, menembak, tenpin bowling dan lain-lain amat berisiko mendapat sakit dan tegang bahu. Ia berlaku disebabkan ulangan pergerakan abduction dan adduction yang kuat dan banyak menyebabkan otot supraspinatus, levator scapular dan trapezius mengalami strain.
Semasa ‘release’, otot bahu dan supraspinatus akan menguncup secara isometric untuk mengawal sendi supaya permainan menjadi lebih berkualiti. Sumber foto : Bowling Sea Game |
Sebagai contoh, agak-agak berapa kali atlit boling membuat balingan dalam satu perlawanan?. Bagaimana pula dalam latihan?. Kesimpulannya ulangan yang banyak boleh mengundang risiko mendapat kecederaan.
Semasa mula menghayun otot bahu antaranya supraspinatus akan menerima tekanan tinggi. Sumber foto : Golf swing |
Semasa berenang, otot bahu memainkan peranan penting untntuk mencipta daya. Sumber foto : Teknik gaya renang |
Semasa merejam otot bahu akan menerima tekanan tinggi menyebabkan otot bahu mudah tegang dan sakit. Sumber foto : Spike blocking |
Semasa fokus untuk melepaskan anak panah, otot bahu bertindak mengekalkan postur tangan. Pada postur tersebut otot bahu menerima tekanan tinggi terutama otot Supraspinatus. Sumber foto : Panahan olahragaSAKIT DAN TEGANG BAHU?SELESAIKAN DENGAN SPORTS MASSAGEKLIK FOTO SEKARANG |
Comments
Post a Comment