OTOT CEDERA, NAK BUAT APA?

Kecederaan tak boleh dipisahkan dengan sukan. Justeru posting kali ini coach kongsikan langkah-langkah untuk mengurus kecederaan otot atau dipanggil muscle strain supaya korang boleh bersukan dengan ceria. 

muscle strain grades - Search Images (bing.com)


MUSCLE STRAIN


Muscle Strain adalah kecederaan di otot atau tendon yang adakala digelar sebagai pulled muscles seperti hamstring pull. Kecederaan ini dibahagikan mengikut impak keatas otot. Bagi kecederaan ringan dipanggil gred 1 dimana tidak melibatkan sebarang koyak dan tiada masalah untuk bergerak. Sementara gred 2 dan 3 adalah lebih parah dimana ianya akan menjejaskan pergerakan, lebam, bengkak  lain-lain. 

Hamstring pull adalah jenis kecederaan otot yang dikenali sebagai strain 

sumber foto : hamstring pull - Search Images (bing.com)




PENCEGAHAN 


Mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi untuk menghindari muscle strain, sebelum bersukan lakukan 3 perkara ini iaitu lakukan senaman bebanan, rutinkan aktiviti regangan dan pastikan melakukan warming up secukupnya sebelum bersukan. 


warming up exercises - Search (bing.com)




squat - Search Images (bing.com)



Ramai orang salah faham. Regangan bukan warming up, tetapi ia adalah proses menyediakan badan untuk bersukan. Ertinya jika anda hendak berlari, warming-upnya adalah berlari-lari anak (slow jog). Jika hendak bermain badminton, warming-up nya menghayungkan reket dari perlahan dan beransur-ansur laju. 



JIKA DAH CEDERA


Untuk gred 1, 2 dan 3 bolehlah menggunakan ice dengan formula RICE. Tapi bagi gred 3 perlulah berjumpa doktor. Penggunaan ais (I - ice) hendaklah secara compress (c - compress) dan dalam masa 20 minit. Selepas ais mencair, tekanan harus diteruskan untuk menghalang pergerakan supaya otot yang cedera betul-betul direhatkan dari menerima tekanan atau bebanan. 


Coach sedang membalut kaki pesakit untuk
aplikasi compression selepas urutan sukan 


TONTON KOMEN PESAKIT
SELEPAS MENJALANI URUTAN
SPORTS MASSAGE



BOLEHKAH MUSCLE STRAIN DIURUT?

Jika gred 1 dan 2, urut seperti Sports Massage amat digalakkan kerana sports massage amat membantu speed recovery. Secara normal individu yang terkena muscle strain mengambil 2-4 minggu untuk sembuh, dengan penggunaan sports massage masa pemuihan akan menjadi lebih pendek.



ANDA MENGALAMI SAKIT DI OTOT
'MUSCLE STRAIN'
BUAT APPOINTMENT SEGERA
KLIK FOTO INI
















Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG