SAKIT 'PINGGANG' PUNCA DAN SOLUSI
Sakit 'pinggang' selalu berlaku kepada pekerja baik yang duduk depan komputer mahupun yang menjadi buruh binaan. Cuma coach keliru sedikit dengan panggilan sakit 'pinggang' namun bila merujuk lokasi tangan mengusap dan menepuk-nepuk 'pinggang' barulah coach faham ia adalah sakit lower back. Ingatkan sakit buah pinggang.
Menurut Berita Harian.com, sejumlah 80% pekerja hidap sakit belakang. Dan dianggarkan 20% orang dewasa mengadu mengidap sakit belakang. Maka amat wajarlah posting kali ini mengupas punca dan solusinya agar membantu ramai orang.
![]() |
Kawasan lower back yang lazim dialami ramai orang |
DIMANA SAKITNYA
Berdasarkan 'pinggang' yang ditepuk-tepuk itu, ternyata dibawah lapisan kulit itu terdapat satu otot yang dikenali sebagai quadratus lumborum. Otot ini melekat di sebahagian tulang rusuk, di tranverse process tulang belakang dan iliac crest tulang pinggul. Salah satu fungsi otot ini adalah seperti absorber kereta iaitu mengawal tubuh dari condong ke kanan dan ke kiri.
Otot quadratus Lumborum selalu terdedah kepada kecederaan |
TONTON KOMEN PESAKIT BELAKANG
SEBELUM DAN SELEPAS SPORTS MASSAGE
SOLUSI SAKIT 'PINGGANG'
Nama senaman ini dikenali Trunk Rotation. Ada 2 cara untuk melakukannya sama ada dengan berdiri atau berbaring. Untuk memulainya kena berdiri berhampiran dinding. Boleh juga guna pokok atau apa-apa, asalkan stabil. Turunkan badan seiring kendurkan sendi lutut sehingga jari mencapai lantai (buat sekadar mampu). Dalam posisi ini pastikan badan lentik bukan melengkung bagi mengelak tulang belakang hyperflexion. Tarik nafas dan naikkan dan pusingkan badan ke sisi dan sentuh dinding. Pada saat memusingkan badan pastikan pinggul dikawal dan kekal menghala arah hadapan. Ulang semula dan pusingkan badan ke arah lain pula.
Cara kedua pula mulakan dengan baring terlentang. Bengkokkan sendi lutut dan depakan tangan dilantai. Tarik nafas dan turunkan lutut ke sisi dan tahan dalam 5 saat dan kembali ke posisi mula. Ulang pergerakan sama di arah yang lain pula. Aktiviti ini agak sukar berbanding dalam posisi berdiri kerana ia bersifat isolate tanpa bantuan otot lain. Rasa abdomen bergetar itu wajib namun jika tak mampu jangan buat terlalu rendah. Bersederhanalah, yang penting buat.
Comments
Post a Comment