SAKIT LUTUT ACL, APA PUNCANYA
ACL TU APA?
Seringkali kita dengar kawan-kawan kita kena ACL. Apa ACL itu? Dan apakah puncanya?. Jadi posting kali ini coach akan membincangkan punca terjadi ACL supaya kita boleh mengelaknya.
ACL atau Anterior Cruciate Ligament. Sumber foto : |
ACL ialah nama bagi ligamen di lutut yang dipanggil Anterior Cruciate Ligament. Ia melekat dari medial wall of lateral femoral condyle sehingga medial intercondylar. Perkataan Cruciate adalah perkataan latin yang bermaksud cross atau menyilang. Sebab itu ia kelihatan menyilang antara ACL dan PCL”
Kedudukan ACL menyilang dengan PCL menyebabkan ia dipanggil cruciate yang bererti silang. Sumber foto : https://myliveandjourney.blogspot.com/2016/01/ |
FUNGSINYA
Fungsi ACL adalah memastikan sendi lutut stabil dengan menghalang pergerakan tulang femur ke belakang ataupun menghalang pergerakan tulang tibia ke hadapan. Justeru jika ACL cedera aktiviti menjangkau dalam badminton, menjangkau, melompat dan mendarat, berlari dan berhenti tidak dapat dilakukan dengan baik. Dan semestinya prestasi akan menurun.
https://www.hmetro.com.my/arena/2017/06/237767/puas-hati-aksi-di-kazakhstan
MEKANISMA
Kecederaan ACL berlaku apabila sendi lutut pada kedudukan membengkok diikuti dengan kedudukan tulang paha memusing ke arah luar seperti mengelecek ketika bermain bolasepak atau saat lompat dan mendarat ketika kaki memusing kearah dalam. Pada ketika itu, akan kedengaran bunyi pop yang menandakan ACL sudah pun putus.
COACH MENUNJUKKAN
PUNCA-PUNCA TERJADINYA ACL
SIMPTOM ACL
Bagaimana nak kenal simptom ACL dengan cepat? Mudah saja, anda boleh berjalan, tetapi terasa sendi lutut kurang stabil dan apabila pergerakan kaki laju seperti berjoging, berlari dsbnya atau sendi lutut membengkok (flexion) seperti menaiki tangga, kesakitan menyucuk-nyucuk mula dirasai.
Comments
Post a Comment