STRES BUAT WANITA HODOH

Macam tak percayakan? tapi benar, stres boleh membuatkan wajah dan penampilan wanita kelihatan lanjut usia dari usia sebenar. Ini kerana otot-otot di dahi, lingkaran mata. lingkaran mulut, pipi, dagu dan lain-lain akan meregang dalam keadaan yang lama ketika anda memberikan 100% fokus kepada kerja atau tugasan.

 

Sumber foto : muscle at face - Bing images

OTOT MENEGANG 

Sebagai contoh, semasa anda memandang skrin komputer, selain bebola mata menguncup untuk menfokus, otot dibelakang dan keliling mata juga menguncup. Kuncupan yang lama ini akan menimbulkan ketegangan pada kulit wajah. 


Sumber foto : eyelid muscle - Bing images


TONTON KOMEN PESAKIT YANG 
MENGALAMI STRES DILEHER 


Sebab itu islam menganjurkan keraplah mengambil wuduk, kerana selain pengaruh air, tekanan ketika menggosok muka itu merupakan urutan ringan untuk mengurangkan ketegangan dan merangsang aliran darah sekaligus mengurangkan kesan stres pada wajah. 


TIMBUL 'ACNE'


Apabila anda stres, hormon Cortisol akan keluar.  Kemudian ia merangsang penghasilan Corticotropin Release Hormone (CRH) dalam darah. CRH ini kemudiannya merangsang  kelenjar sebaceous (dikulit) untuk menghasilkan 'minyak'. Tunjuan penghasilan 'minyak' ini sebenarnya amat baik  bagi menjaga kelembapan kulit muka dan kepala, namun apabila keterlaluan, ia menyumbatkan liang roma dan ini menimbulkan acne atau bintik merah seperti jerawat. 


Sumber foto : acne - Bing images


TONTON CARA URUT-URUT 
MERAWAT PESAKIT WANITA

BEG BAWAH MATA

Kajian mendapati stres yang memberi kesan kepada kualiti tidur akan menyebabkan pelbagai masalah termasuk kewujudan Beg Bawah Mata. Kualiti tidur yang terganggu menyebabkan otot sekeliling mata menjadi lemah dan seterusnya mengendurkan tisu penghubung kawasan bawah mata. 

Sumber foto : bags under eye - Bing images


ATASI STRES
DENGAN SPORTS MASSAGE

KLIK FOTO DIBAWAH SEKARANG







Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG