RASA SAKIT DI BAHU, RUPANYA...
Selalu coach didatangi pesakit dengan skrip,
"Entahlah. sakit memang sakit. Kejap lenguh. Kejap kebas-kebas. Kadang nak pakai bajupun berat je rasa tangan. Sukar nak angkat.Dia maca biskut. Kadang ada kadang tak ada. itu yang pelik tu", terang pesakit sambil memicit-micit bahunya.
Jadi apa sebenarnya? ada ker kecederaan. Ada kecederaan atau tiada?. Jadi mari coach rungkaikan.
TONTON BAGAIMANA COACH
MENGESAN SAKIT BAHU
SARAF TERHIMPIT
Apaila ada rasa sakit yang konsisten, walaupun macam chipsmore , kejap ada kejap tak ada. Itu bererti wujud kecederaan dan perlu dirawat. Dalam kes sakit bahu, apabila rasa lenguh seperti ditekan-tekan (ditindih), sedikit kebas-kebas dibahu dan tangan serta rasa lemah (tidak berdaya) mengangkat tangan (lateral raise) itu lazimnya disebabkan saraf suprascapular terhimpit oleh otot-otot disekelilingnya.
Suprascapular nerve. Sumber : supraspinatus nerve - Bing |
OTOT YANG BENGKAK
Otot-otot yang lazimnya membengkak adalah seperti Supraspinatus dan Infraspinatus. Supraspinatus bermula (origin) di Supraspinatus fossa dan berakhir di Anterior aspect of humerus greater tubercle.
TONTON APA KATA PESAKIT
SELEPAS URUTAN
PUNCA BENGKAK
Jika cedera atau bengkak pada otot supraspinatus ia berpunca dari pergerakan mengangkat atau menahan tangan pada kedudukan membuka (abduction). Kalau dalam sukan ia seperti back-hand semasa menyerang atau bertahan dalam Badminton.
Contoh Abduction dalam Badminton yang mengundang Supraspinatus cedera dan bengkak sumber foto : badminton defensive - Bing images |
Jika cedera atau bengkak pada otot infraspinatus ia berpunca dari pergerakan memusingkan lengan ke belakang dan ke hadapan pada kedudukan membuka (abduction). Kalau dalam sukan ia seperti ketika spike dalam handball
Contoh outward rotation dalam Handball yang mengundang infraspinatus cedera dan bengkak Handball Germany - Bing images |
Comments
Post a Comment