TEGANG LEHER TAPI SAKIT DI DADA

Selalu coach didatangi dengan pesakit yang mengadu sakit dan tegang leher disamping sukar menelan air liur dan sakit dada. Kebanyakkan mereka keliru, kenapa leher yang tegang, dada yang sakit? Jadi mari coach kupas punca dan solusinya. 


TEGANG LEHER TAPI SAKIT DIDADA

Terdapat 3 otot yang melekat dari tulang leher hingga tulang selangka (ribs). Apabila otot tersebut bengkak dan tegang, otot terbabit akan menimbulkan rasa sakit didada sehingga menyukarkan menelan air liur. Otot itu dikenali sebagai Anterior Scalene, Middle Scalene dan Posterior Scalene. 

Sumber foto : scalene muscle - Bing images

Scalene berfungsi mencetuskan pergerakan menunduk (neck flexion), menelengkan kepala (lateral flexion), memusingkan kepala (neck rotation) dan menaikkan tulang selangka (elevates ribs), maka berdasarkan fungsi tersebut tidak dapat disangkal, bengkak atau tegang otot scalene mampu menimbulkan rasa sakit di dada dan ketika menelan air liur kerana ia melekat (insertion) di tulang selangka 1 dan 2 (Ribs). 


PUNCA TERJADI 

Salah satu punca adalah gemar menggunakan telefon bimbit dalam postur leher menunduk. Ya, ramai yang tak sedar dan ramai yang buat kan?. Jadi ubah!. kerana pada postur tersebut menyebabkan otot scelene menerima tekanan secara isometric. Ia semakin terbeban sekiranya kepala sedikit teleng (lateral flexion).    


Sumber foto : 
Ten Ways Your Smartphone Can Help You Learn | Cornerstone University


SOLUSINYA...

Tak lain tak bukan dapatkan sports massage dari mereka yang pakar supaya otot scalene kembali elastik dan tidak bengkak. Jangan main tibai cari tukang urut. Sebab otot ini berhampiran saluran darah dan saraf. 

Sumber foto : scalene muscle and artery - Bing images

Selain itu boleh lakukan aktiviti bebanan leher seperti yang coach tunjukkan dalam foto di atas. Kedua-dua ini adalah foto coach membantu pesakit melakukan latihan bebanan bagi mencegah kesakitan berulang setiap kali selepas sesi urutan sukan. Sekian. 


SAKIT LEHER? 
SET TEMUJANJI SEKARANG
















 

Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG