DUDUK PUNCA ED aka MATI PUCUK

Kenapa orang dulu-dulu ramai anak dan kenapa orang sekarang bilangan anaknya sedikit. Kalau bukan dua, tentu seorang saja. Banyaklah sebabnya, dan salah satu darinya adalah disebabkan ED yang boleh menjejaskan produktiviti. Justeru, posting kali ini coach nak kongsikan kesan buruk duduk lama mengundang Erectile Dysfunction. 

DUDUK LAMA MENEKAN SARAF

Ketika duduk, kawasan pinggul (ischium) akan menerima bebananDisitu (ischial spine) terdapat laluan saraf yang mengawal aktiviti kemaluan. Walaupun ranting saraf yang menjaga aktiviti kemaluan itu terlindung kerana berada di inferior ischial ramus dan di dalam pudendal canal, ia tetap boleh diganggu gugat apabila duduk yang terlalu lama bergabung dengan berat badan, mewujudkan tekanan yang tinggi lalu membengkakan ligamen dan otot kemudian menekan pangkal saraf pudendal.

Saraf yang mengawal ketegangan alat sulit (penis).


LIGAMEN MEMBENGKAK

Sebelum kita mengenal ligamen mana yang membengkak, eloklah kita faham fungsi ligamen terlebih dahulu. Ligamen adalah penguat dan pemegang tulang. Jadi, apabila mekanisma asas iaitu duduk yang lama bergabung dengan berat badan ditambah pula dengan mekanisma lain seperti ligamen yang lemah, kecederaan tulang sacrum (jatuh terduduk), postur duduk yang senget, kecergasan menurun, overused (keterlauan bersenam) dan umur meningkat. ligamen seperti sacrospinous yang sacroiliac yang menerima bebanan kemudian stres, menegang dan membengkak. 




Ligamen yang bersiko untuk bengkak dan paling berkaitan dengan ED adalah sacrospinous kerana ia paling hampir dengan laluan saraf pudendal. 
Sumber foto : ligaments of the pelvic girdle - Bing images 


OTOT MEMBENGKAK

Dalam masa yang sama, apa yang terjadi kepada ligamen turut terjadi kepada otot dimana otot berkaitan seperti piriformis, obturator internus, coccygeus dan levator ani akan mudah membengkak 


Otot yang berisiko bengkak dan berada berhampiran saraf pudendal



TEMPAT DUDUK KECIL DAN HENTAKAN

Jika duduk dikerusi empuk dipejabat sudah memberi kesan, inikan pula tempat duduk seperti motosikal, basikal, horse padding bukankah lebih berbahaya kerana wujud hentakan yang agresif?  

Menurut Laporan Kesihatan Khas Harvard, menunggang basikal boleh merosakkan saraf dan memampatkan arteri di zakar, yang boleh membawa kepada masalah ED. Risiko tertinggi adalah di kalangan lelaki yang berbasikal lebih daripada tiga jam seminggu.

Coach selalu jugak berbasikal tetapi tidak lebih 45 minit dan menggunakan padding yang tebal dan teknik yang selamat.


Berbasikal contohnya, akan memberi tekanan berterusan di perineum iaitu kawasan antara alat kelamin dan dubur. Tekanan ini boleh membahayakan saraf dan melambatkan aliran darah buat sementara waktu, yang menyebabkan kesemutan atau kebas di zakar dan, akhirnya, ED.

Kesimpulannya, nak duduk boleh, nak berbasikal boleh tetapi kena faham penjagaan dan pengawalannya supaya tidak menjejaskan prestasi kelelakian kita. Sekian. 

ATASI MASALAH E.D
BUAT TEMUJANJI SEGERA 
TEKAN FOTO DIBAWAH SEKARANG











Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG