PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

Jika anda mengalami rasa sakit dan berdenyut-denyut di pinggul dan rasa sakit itu menjalar hingga ke belakang lutut. Itu menunjukkan anda sedang mengalami PIRIFORMIS SYNDROME. Apakah itu?



-------------------------------------------

MENCARI TUKANG URUT WANITA UNTUK SAKIT PINGGUL ANDA? 


SET TEMUJANJI ANDA SEKARANG 

----------------------------------------

Piriformis Syndrome ini terjadi disebabkan Sciatica Nerve dihimpit oleh otot piriformis yang membengkakPiriformis adalah otot yang berbentuk buah pear yang melekat di bahagian hadapan sacrum (anterior surface of sacrum) melintang di Greater Sciatica Foramen dan melekat di bahagian dalam apex greater trochanter. Disebabkan posisi dan keadaannya yang membengkak, fungsi sciatica nerve boleh terganggu dan menimbulkan sakit. 

SAKIT KETIKA DUDUK


Pada posisi duduk, tulang paha berkedudukan hip flexion lalu otot piriformis yang bengkak akan ditarik menyebabkan ruang sciatica nerve semakin sempit. Jika inidividu terbabit obes, kesakitan lebih berganda kerana berat badan telah menambahkan daya tarikan keatas otot piriformis. 


Sumber : https://youtu.be/gBmC_UdHEvU


PIRIFORMIS MEMBENGKAK

Ada banyak sebab mengapa piriformis membengkak. Antara sebabnya adalah otot berlawanannya kuat sedangkan piriformis dan kumpulannya lemah (gluteus). Keadaan ini dipanggil sebagai muscle imbalance


Selain itu, pergerakan 'luar kebiasaan' pada sendi pinggul juga boleh membengkakkan otot piriformis. Contohnya ketika duduk bekerja dipejabat yang terlalu lama. berat badan akan menggerakkan tulang pinggul. Sebab itu, anda dinasihatkan jangan meletakkan beg duit di poket belakang seluar ketika duduk kerana habit ini akan mengundang stres pada otot piriformis. 

TONTON VIDEO 
TIPS SENAMAN KURANGKAN 
SAKIT PINGGUL



KONKLUSI 

Justeru, berdasarkan dua penyebab diatas, usaha untuk mengelak dan memulihkan bengkak itu adalah kunci utama untuk mengatasi piriformis syndrome. Apa yang selalu coach lakukan adalah menggunakan kaedah sport massage bagi melembutkan otot dan melancarkan aliran darah kemudian diikuti senaman spesifik untuk membina daya ketahanan dan kekuatannya. 

TONTON VIDEO INI 
BAGAIMANA PIRIFORMIS DIRAWAT


SAKIT PINGGUL @ PIRIFORMIS SYNDROME?? 
BUAT TEMUJANJI ANDA SEKARANG. 
KLIK FOTO DIBAWAH





 










Comments

Popular posts from this blog

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG