SAKIT PAHA BILA BERLARI

Sakit paha bila berlari adalah kecederaan normal, namun setiap orang berbeza lokasi dan tahap kecederaan. Jadi posting kali ini coach nak kongsikan sakit di belakang paha atau lebih tepat lagi dikenali sebagai kecederaan Hamstring. 


HAMSTRING

Hamstring terdiri dari 4 otot iaitu semitendinosus, semimembranosus, bicep femoris (long head) dan bicep femoris (short head). 3 daripadanya melekat di ischial tuberosity (tulang pinggul) merentangi tulang femur (paha) sehingga di tulang tibia kecuali bicep femoris short head 




LOKASI FAVOURITE HAMSTRING INJURY


Dalam 4 otot hamstring ini, Biceps femoris short head adalah yang terpaling famous (mudah) cedera kerana saiznya yang kecil dan keterlibatan penuh dalah setiap langkahan kaki. 

Sumber foto :Biceps femoris: origin, insertion and action | GetBodySmart


"Disebabkan Biceps femoris berhampiran sendi lutut, selain menjadi key maker untuk memulakan pergerakan knee flexion (melangkah kaki)
ia juga terlibat untuk menstabilkan sendi lutut".



KECEDERAAN HAMSTRING TERJADI


Bagi long distance runner kebiasaanya mereka mengalami sakit di biceps femoris (short head) kerana tekanan dari jangkamasa berlari yang panjang seperti full marathon dsbnya. Bagi spinter (acara larian pecut seperti 100 meter)  mereka lazimnya mengalami kecederaan di belakang paha disebabkan biceps femoris tidak elastik dan otot quadriceps begitu kuat yang disebut sebagai imbalance



APA PERLU DILAKUKAN

Tindakannya banyak, namun harus mengikut tahap kecederaan. Jika diperingkat awal yakni rasa tegang dan rasa sakit on off, lakukan sports massage dan mulakan senaman rehabilitasi yang betul. Sports massage bertujuan melembutkan otot berkenaan dan menlancarkan aliran darah sementara senaman rehabilitasi bertujuan menguatkan dan mempercepatkan pemulihan. 


SAKIT PAHA @ HAMSTRING ? 
KLIK FOTO DIBAWAH 
& SET TEMUJANJI SEKARANG

                               


Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG