SAKIT BELIKAT? KETAHUI PUNCA DAN SOLUSI

SAKIT BELIKAT 

Ramai yang blur antara sakit belikat dengan sakit belakang. Sebabnya kedua-dua otot ini saling menyilang dan bertindih. Cuma, jika pesakit buat tak tahu, tahaaaaaan jer. dan berdoa akan pulih secara natural, lama-kelamaan sakit belikat akan merebak kepada sakit belakang. Jadi awas! tanda ia sudah melarat adalah sakit yang berterusan, sekejap menyucuk sekejap hilang...berulang-ulang.  



Warna biru adalah otot longissimus (kumpulan ES) manakala otot rhomboid telah 'dipotong' bagi menunjukkan pertindihan antara keduanya.  


BELIKAT @ RHOMBOID

Sakit belikat berlaku pada otot Rhomboid. Rhomboid ada 2, satu minor (kecil) satu lagi major (besar). Rhomboid secara amnya melekat di tulang belakang dan tulang scapular. 


Apabila Rhomboid menguncup, tulang scapular akan menghampiri tulang belakang. Apabila Rhomboid ditarik tulang scapular akan menjauhi tulang belakang. Jadi  apabila wujud aktiviti atau pergerakan tangan, bahu dan tulang belakang,  Rhomboid akan mula menerima bebanan. 


AKTIVITI RHOMBOID

Aktiviti fizikal yang menjauhkan dan mendekatkan tulang scapular dari tulang belakang ini adalah seperti menaip (komputer jauh dari tubuh), memandu kereta (Tidak menyandarkan badan), menunggang motosikal (meluruskan tangan dan melengkungkan badan), memanjat, membaling (bermain bowling), menebas  memasak (mengacau),  pemasangan (pekerja industri)  dsbnya. 

Ini salah contoh pekerjaan yang berkait rapat dengan kesakitan di Belikat.
Bekerja sebagai pemandu berisiko mengalami sakit di belikat.  






CARA PEMULIHAN SAKIT BELIKAT

Rhomboid ini sukar untuk sakit melainkan aktiviti atau pergerakan yang melibatkan belakang bahu dan lengan dilakukan secara rutin dan ekstrim. Untuk menghindarkan sekaligus memulihkannya, lakukan rutin yang coach kongsi dalam video ini 

TONTON VIDEO INI 
TIPS SENAMAN BELIKAT 



Jangan pulak buat sekali sahaja. rutin dalam video ini harus di amal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Rutin ini juga sekadar bantuan awal. untuk yang lebih lengkap silalah buat appointment. 

SAKIT BELIKAT? 
KLIK FOTO DIBAWAH 
& SET TEMUJANJI SEKARANG







Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG