SAKIT BELAKANG SELEPAS MENUNDUK

"Bila menunduk terus menangkap. Bukan berat pun sekadar sehelai kertas dilantai", jelas pesakit kepada coach  bila ditanya punca sakit. 

Ini antara skrip yang selalu coach terima. Jadi posting kali ini coach akan menfokuskan penulisan kepada Sakit belakang selepas Menunduk


TUNDUK DAN SAKIT BELAKANG


Sakit belakang ketika menunduk lazimnya disebabkan otot belakang diregang secara paksa lalu mencetuskan kecederaan pada tendon otot. Terpaksa disini bermaksud, tiba-tiba menunduk atau spontan. 


Dalam sukan situasi tergesa-gesa terjadi apabila menjadi pemain gantian. Bila coach panggil, terus sarung jersi tanpa warm-up lalu melompat ke gelanggang. 
Bila berlaku pergerakan flexion (menunduk badan) seperti mengambil bola sepak untuk 'throw in' tiba-tiba otot belakang 'tangkap' (sakit dan keras). 

KOMEN PESAKIT SELEPAS URUTAN 



Bila tiba-tiba menunduk otot belakang 
akan dipaksa meregang. Apabila si perlaku itu tua, tidak pernah bersenam, keletihan.. risiko kecederaan semakin tinggi. 


LOKASI SAKIT


Ketika tulang belakang flexion (berdiri ke menunduk) secara mengejut otot belakang  iaitu Illiocostalis dan Longisimus Thoracic akan ditarik secara mengejut. Secara umumnya,  kedua-dua otot berkedudukan menegak selari dengan tulang belakang dan melekat di beberapa bahagian tulang belakang dan tulang selangka (rib). Jika menunduk secara mengejut, kesakitan atau muscle strain lazimnya akan wujud di tendon seperti di atas tulang sacrum dan iliac crest dan sebahagian tulang selangka (rib). 
 


CARA URUT SAKIT BELAKANG?
TONTON VIDEO INI




Jadi, ubahlah sikap kita ketika menunduk dan bermain sukan. Menunduklah dengan perlahan atau lebih baik membengkokkan lutut. Kalau dalam sukan pastikan warm-up secukupnya. Sekian. 



SAKIT BELAKANG?
SELESAIKAN SEGERA
KLIK FOTO DIBAWAH SEKARANG





Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG