Roti Baguette Di Betisnya

KETAT, TEGANG DAN SAKIT  


Itu normal! apabila lenguh datang dan hilang pada keesokkan hari. Tetapi, lenguh yang datang beserta rasa sakit, tegang, ketat dalam durasi yang panjang, itu bukan lagi normal. Itu digelar Compartment Syndrome!. 


Sumber foto : https://hubpages.com/health/Compartment-Syndrome



DUA KEADAAN KECEDERAAN


Compartment Syndrome adalah kondisi sakit yang disebabkan oleh tekanan tinggi didalam empat bahagian betis. Ia terbahagi kepada dua iaitu Acute Compartment Syndrom (ACS) dan Chronic Compartment Syndrome (CCS)

Acute Compartment Syndrome di sebabkan oleh impak luaran (spt. ditendang) dan penggunaan otot lama dan berulang (spt. berlari, berdiri)  sehingga berlaku kecederaan tulang dan tisu lembut beserta pendarahan. 

Manakala Chronic Compartment Syndrome  pula gabungan salah satu atau kesemua Acute Compartment Syndrom beserta keadaan betis yang membengkak secara keseluruhan. 


-------------------------------------------------------------------

BUAT TEMUJANI SEKARANG!

-------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------

Sumber foto : https://westcoastsci.com/general-blog/2018/6/4/soleus

Betis terdiri daripada  empat compartment iaitu Superfical posterior, Deep Posterior, Lateral dan Anterior. Namun, bahagian yang paling terdedah kepada compartment syndrom adalah Deep Posterior dan Superfical Posterior yang melibatkan otot Posterior Tibialis, Flexor Hallicus Longus, Flexor Digitorium Longus, Soleus dan Gestrocnimeus.


Sumber foto : http://www.empalife.com/tibialis-posterior




TEKNIK URUTAN


Berdasarkan pengalaman mengurut, lazimnya coach dapat rasai ketulan seperti sebuku roti bugguette  berbentuk silinder panjang. Untuk mengurutnya terdapat beberapa step yang perlu diikuti antaranya jangan menekan secara menusuk (tajam) yakni penggunaan ibu jari, siku dan buku lima perlu dielakkan sebaliknya penggunaan tapak tangan adalah terbaik. 



Daya tekanan pula perlu digunakan secara seimbang berkadaran dengan tahap ketegangan. Pada otot yang tegang tekanan perlulah lama pada satu satu lokasi. Dan stroke perlulah perlahan menghala ke arah jantung. 


SELEPAS URUTAN

Selepas urut, pesakit mesti melakukan rutin senaman pemulihan yang melibatkan pergerakan otot betis seperti Calf Raise, dorsiflexion  dan Plantar Flexion  dengan melibatkan Resistance Band. Jika dilakukan dengan betul, masalah compartment syndrome akan hilang secara beransur ansur dari 2 hingga 4 minggu. 


------------------------------------------------------------------

BUAT TEMUJANI SEKARANG!

-------------------------------------------------------------------




Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG