FAEDAH RUKU' UNTUK SAKIT BELAKANG

Ruku' adalah rukun dalam solat. Tapi bagi coach ruku' bukan sekadar rukun malah lebih dari itu. Berdasarkan kontraksi otot yang wujud, ia sebenarnya mempunyai faedah senaman iaitu elemen latihan bebanan dan regangan. Justeru posting kali ini coach kongsikan faedah ruku' untuk kesihatan belakang anda. 


Salah satu faedah ruku' adalah wujudnya kontraksi isometrik
yang membina daya tahan otot belakang 





Buku tulisan Coach Sufian. Didalamnya menerangkan 
kebaikan ruku apabila dilakukan dengan toma'ninah


KESAMAAN SAKIT BELAKANG DAN RUKU



Sakit belakang yang melibatkan otot ES (longissimus) sebenarnya akan di 'senamankan' ketika ruku'. juga melibatkan otot yang sama. Sakit belakang yang berpunca dari duduk lama, berdiri lama, berjalan lama, memandu lama, berbasikal lama, menunggang motosikal dalam jangkamasa lama apatah lagi bersukan dengan ulangan yang banyak  serta melibatkan koordinasi tertentu (sama dan berulang-ulang) seperti golf, bowling, dart, memanah, berkuda, mendaki gunung (bawa beg) dan sebagainya mampu diatasi dengan ruku' kerana ruku memulihkan otot-otot belakang dengan 3 jenis kontraksi otot. So untuk posting ini, coach nak kongsikan kesan pergerakan iktidal ke ruku' kepada otot belakang



Video analogi bagaimana ruku 
melenturkan otot belakang  



Ok, semasa i'tidal ke ruku' (menunduk) otot belakang akan mengalami kontraksi eccentric. Apa benda tu? Kontraksi eccentric adalah kuncupan otot ketika otot meregang. Ummm...macam pelik jer, dah kuncup, regang pulak...haish. (rujuk video diatas atau foto dibawah)









Tak pelik, semasa pergerakan menunduk apabila bergerak dengan tertib dan tomakninah, otot akan menguncup secara eccentric. Maka wujudlah slow motion movement tu. Kecuali jika tunduk secara 'bas express', maka kontraksi eccentric tidak akan wujud langsung. Rugi!. Banyak senaman yang melibatkan kontraksi eccentric, antaranya adalah Death Lift (Rujuk foto). Semakin slow ko bergerak semakin bagus untuk otot belakang.  




Tahu tak apa bagusnya kontraksi eccentric ini?. Kontraksi eccentric bagus untuk membina daya tahan otot dan stabiliti sendi. So Sesiapa yang ada daya tahan kalau meniti atas titi kayu... dia bolehlah mengimbangi tubuhnya dengan baik. Kalau dia nak terjatuh, dia mampu kawal tubuhnya dari diejek si 'nangka busuk'. 

Akhir sekali, jika Deadlift diakui memberi kesan daya tahan kepada otot belakang, mengapa tidak ko mengakui solat melalui ruku' juga memberi kesan yang sama? Sekian. 


SAKIT BELAKANG?
KLIK FOTO DIBAWAH 
SEKARANG!







 

 

  
   

Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG