Posts

Showing posts from October, 2023

SAKIT LUTUT ACL, APA PUNCANYA

Image
  ACL TU APA? Seringkali kita dengar kawan-kawan kita kena ACL. Apa ACL itu? Dan apakah puncanya?. Jadi posting kali ini coach akan membincangkan punca terjadi ACL supaya kita boleh mengelaknya.  ACL atau Anterior Cruciate Ligament. Sumber foto :  https://www.painfreenyc.com/posterior-cruciate-ligament-acl-injury-knee-pain-specialists-brooklyn-nyc/ ACL ialah nama bagi ligamen di lutut yang dipanggil Anterior Cruciate Ligament. Ia melekat dari medial wall of lateral femoral condyle sehingga medial intercondylar. Perkataan Cruciate adalah perkataan latin yang bermaksud cross atau menyilang. Sebab itu ia kelihatan menyilang antara ACL dan PCL”  Kedudukan ACL menyilang dengan PCL menyebabkan ia dipanggil cruciate yang bererti silang. Sumber foto :  https://myliveandjourney.blogspot.com/2016/01/ FUNGSINYA Fungsi ACL adalah memastikan sendi lutut stabil dengan menghalang pergerakan  tulang femur ke belakang ataupun menghalang pergerakan tulang tibia ke hadapan. Justeru jika ACL cedera aktivi

LIGAMEN PUTUS?? TIDAK SEMUDAH ITU

Image
Berbanding kecederaan otot, kecederaan ligamen dikatakan lebih bahaya. Betul kah? Jadi posting kali ini coach ingin mengupas apakah sebenarnya ligamen. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta.   APA ITU LIGAMEN Ligamen adalah tisu penghubung yang terbina dari komposisi collagen yang banyak dan kuat.  Collagen adalah protein dan perkataan Colla dalam collagen bermaksud ‘glue’. Sebab itu sesiapa yang makan sup keting lembu, sup kaki ayam dsbnya, anda telah makan collagen yang teksturnya melekit seakan gam.  Ligamen di pergelangan kaki. Sumber foto :  ligament - Search Images (bing.com) Struktur tisu penghubung ligamen turut terdapat di otot yang mempunyai pelbagai nama berdasarkan lokasi dan fungsi seperti epimysium, perimysium,endomysium dan tendon.  FUNGSI LIGAMEN  Ligamen berfungsi sebagai penstabil yang menghubung dan mengikat kukuh dua tulang.  Ertinya jika ligament putus, tulang akan bergerak, tergelincir dan sendi menjadi goyang lalu memberi impak yang sangat negatif kepada sendi.

PASTIKAN TUKANG URUT MAHIR , BARU URUT

Image
Rasanya dalam media sosial dah beribu coach jumpa aksi-aksi tukang urut mengurut. Jadi coach nak kongsikan 3 cara mengenal tukang urut itu betul-betul mahir atapun tukang urut jadi-jadian supaya anda dapat menghindar daripada tersalah urut.  SEJARAH  Tukang urut tidak mengurut tanpa asas maklumat. Jadi sekiranya anda mendapati tukang urut itu terus sahaja meluncurkan tangannya dan membisu sehingga ke akhirnya itu adalah ‘bendera merah’. Tukang urut harus tahu kondisi pelanggannya terlebih dahulu. Kena tahu tentang punca kesakitan, kronologi kesakitan dan lain-lain supaya tekanan dan teknik urutan dapat diselaraskan mengikut keperluan. Dalam hal ini, coach menggunakan 2 kaedah iaitu bertanya secara formal atau bertanya secara tidak formal mengikut respon pesakit. TONTON VIDEO INI. CARA COACH MENDAPATKAN MAKLUMAT KECEDERAAN   Foto Coach sedang mencari otot yang bengkak sambil berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat kesakitan  PENILAIAN Apa yang dikatakan oleh pesakit tidak semestinya te

PUNCA-PUNCA SAKIT LUTUT

Image
Selalu selepas berjalan jauh, atau berjoging dan berlari rasa sengal-sengal, tegang jer di tempurung lutut tu. Apakah puncanya dan bagaimana nak hilangkannya?. Meh coach kongsikan. Sumber foto :  https://www.maskulin.com.my/sakit-lutut-selepas-berlari-kenali-punca-cara-rawatan-terbaik-untuk-larian-lebih-selesa/ Antara puncanya adalah otot keliling lutut tidak elastik menyebabkan aktiviti berdurasi panjang seperti berlari (marathon), berjoging, berjalan, hiking boleh mengundang ketegangan pada tendon.  Otot yang sihat sifatnya seperti getah yang lembut. Mudah ditarik dan mudah di kuncup. Cuba bayangkan apa akan terjadi jika getah keras ditarik? Itulah perumpamaan bagi otot yang tidak elastik.  TEGANG DAN KESAN Jika rasa tegang dibahagian tepi paha hingga lutut itu bererti otot Tensor Fascia latae tidak elastik. Impaknya, akan berasa kaki menjadi lemah, sukar untuk mengangkat ketika  menaiki tangga, menaiki kereta dan sebagainya. Sumber foto :  5 Manfaat Naik Tangga untuk Kesehatan yang

FULL BODY SPORTS MASSAGE, APA BEZANYA?

Image
SAKIT, LENGUH DAN LESU BADAN?  KLIK SINI SEKARANG  URUT-URUT BY COACH SUFIAN Jika anda merasakan urut sekadar urut, ertinya anda silap. Justeru posting ini coach akan kongsi 3 perbezaan antara Full Body Sports Massage dengan Specific Sports Massage yang coach lakukan.  TEKAN FOTO INI  UNTUK MEMBACA REVIEW KADAR TEKANAN Matlamat Full Body Sports Massage adalah untuk  relax, tenang  dan rasa  fresh  selepas diurut. Sementara Specific Sports Massage bertujuan untuk  merawat kesakitan  atau dengan kata lain, pulih selepas urutan. L alu, kadar tekanan tentulah amat berbeza.  Tekanan bagi Full Body Sports Massage harus sederhana. Apa maksud sederhana? Ertinya rasa sakit ditekan tetapi terkawal. Orang panggil sakit-sakit sedap.  Sementara Specific Sports Massage kadar tekanannya kuat. TEKAN FOTO INI  BACA REVEIW SEKARANG Jadi mana satu lebih mudah? Untuk menjaga kualiti, Tekanan sederhana atau urutan Full Body Sports Massage lebih sukar kerana tukang urut dengan mudah boleh melakukan kesilap

ELAK SAKIT LUTUT, PELARI HARUS LAKUKAN INI

Image
Sakit lutut dan pelari adalah cerita yang selalu kedengaran antaranya seperti Running Knees . Disebabkan ramai sertai acara larian, jadi coach terpanggil untuk berkongsi cara untuk atasi sakit lutut. Sumber foto : https://my.clevelandclinic.org/health/body/24777-knee-joint Lutut merupakan sendi terbesar didalam tubuh manusia kerana 3 faktor iaitu, melibatkan 3 tulang, harus menanggung tekanan berat badan dan jenis hinge joint yang berbeza dengan hinge joint yang lain kerana membenarkan pergerakan side - to - side.  Justeru menjaga kesihatan sendi lutut amatlah penting terutama anda yang serius berlari.  SEBELUM ACARA BERLARI Beberapa minggu sebelum acara larian, jadualkanlah aktiviti seperti knee extension (Machine), leg curls (machine), Calf Raise (machine).  Lakukan dengan ulangan tinggi   antara 15-20 dengan 4-6 set.  Penggunaan mesin ini bertujuan memberi kesan fokus kepada otot terbabit. Namun pada minggu-minggu terakhir jangan lakukan aktiviti ini tetapi ubah kepada yang seakan-