LIGAMEN PUTUS?? TIDAK SEMUDAH ITU
Berbanding kecederaan otot, kecederaan ligamen dikatakan lebih bahaya. Betul kah? Jadi posting kali ini coach ingin mengupas apakah sebenarnya ligamen. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta.
APA ITU LIGAMEN
Ligamen adalah tisu penghubung yang terbina dari komposisi collagen yang banyak dan kuat. Collagen adalah protein dan perkataan Colla dalam collagen bermaksud ‘glue’. Sebab itu sesiapa yang makan sup keting lembu, sup kaki ayam dsbnya, anda telah makan collagen yang teksturnya melekit seakan gam.
Ligamen di pergelangan kaki. Sumber foto : ligament - Search Images (bing.com) |
Struktur tisu penghubung ligamen turut terdapat di otot yang mempunyai pelbagai nama berdasarkan lokasi dan fungsi seperti epimysium, perimysium,endomysium dan tendon. |
FUNGSI LIGAMEN
Ligamen berfungsi sebagai penstabil yang menghubung dan mengikat kukuh dua tulang. Ertinya jika ligament putus, tulang akan bergerak, tergelincir dan sendi menjadi goyang lalu memberi impak yang sangat negatif kepada sendi.
Ligamen yang cedera boleh menimbulkan rasa kebas-kebas, menyucuk dan sakit disebabkan wujud pergerakan tulang yang menghimpit saraf. Sumber Foto : ligament and nerve injury - Search Images (bing.com) |
PROSES LIGAMEN PUTUS
Ligamen tidak putus dengan mudah. Ia akan putus jika pergerakan telah memaksanya memanjang (menariknya) melebihi kapasitinya. Antara cara ligamen putus adalah bersukan tanpa warm-up, warm up yang salah (regangan menghenjut-henjut), pergerakan yang agresif diluar kapasiti pergerakan sendi dan sebagainya. Sebelum ligamen putus ia akan melalui 3 tahap seperti foto dibawah.
Dapatkan Kiroprator yang bertauliah, berpengetahuan dan berpengalaman kerana kesilapan teknik akan menyebabkan ligamen dan sendi terdedah kepada kecederaan yang lebih teruk Sumber foto : kiropraktik - Search Images (bing.com) |
Sumber foto : ligament tear grade - Search Images (bing.com) |
Pada awalnya (grade 1), sendi masih stabil, boleh bergerak (rasa sakit yang sedikit), bengkak yang minima. Pada tahap kedua (grade 2) wujud bengkak, sendi kurang stabil (rasa sakit apabila bergerak). Pada tahap terakhir (grade 3) wujud bengkak, sukar bergerak dan sendi tidak stabil (wujud pergerakan sendi yang abnormal).
Comments
Post a Comment