PUNCA-PUNCA SAKIT LUTUT

Selalu selepas berjalan jauh, atau berjoging dan berlari rasa sengal-sengal, tegang jer di tempurung lutut tu. Apakah puncanya dan bagaimana nak hilangkannya?. Meh coach kongsikan.


Sumber foto : https://www.maskulin.com.my/sakit-lutut-selepas-berlari-kenali-punca-cara-rawatan-terbaik-untuk-larian-lebih-selesa/




Antara puncanya adalah otot keliling lutut tidak elastik menyebabkan aktiviti berdurasi panjang seperti berlari (marathon), berjoging, berjalan, hiking boleh mengundang ketegangan pada tendon. Otot yang sihat sifatnya seperti getah yang lembut. Mudah ditarik dan mudah di kuncup. Cuba bayangkan apa akan terjadi jika getah keras ditarik? Itulah perumpamaan bagi otot yang tidak elastik. 



TEGANG DAN KESAN


Jika rasa tegang dibahagian tepi paha hingga lutut itu bererti otot Tensor Fascia latae tidak elastik. Impaknya, akan berasa kaki menjadi lemah, sukar untuk mengangkat ketika  menaiki tangga, menaiki kereta dan sebagainya.


Sumber foto : 5 Manfaat Naik Tangga untuk Kesehatan yang Sayang Dilewatkan (hellosehat.com)


Jika rasa tegang dibahagian atas, bawah atau tengah tempurung lutut pula, bererti otot vastus intermedius, lateral dan medial vastus yang ketegangan. Apabila otot ini tegang, aktiviti duduk dan berdiri akan menjadi sakit dan sukar. Jadi awas, ketika mencangkung di bilik air dan duduk antara dua sujud. 


Sumber foto : stand up and sit down | Virtual Assistant & Virtual PA Services Australia (virtualassistantteam.com.au)



Sementara jika ketika duduk bersila, lutut terangkat dan terasa tegang, itu menandakan otot dibahagian adductors group sehingga tempurung lutut tegang dan bengkak. Jika terlalu lama 'simpan' ketegangan tu, lambat laun, akan melarat ke celah kangkang pula.



Sumber foto : https://www.earthslab.com/anatomy/vastus-intermedius/



 MENGAPA OTOT TEGANG


Jawapannya, otot overused. Antara kesilapannya adalah terlalu melatih kemahiran berlari berbanding mengimbangi dengan aktiviti ketahanan otot (Conditioning). Overused ini berlaku disebabkan 3 keadaan. Sama ada intensiti terlalu tinggi atau pun durasi terlalu panjang atau kombinasi dari keduanya. Jika jangkamasa yang lama mengundang ketegangan, persoalanya mengapa orang tua mudah sakit lutut walaupun berjalan sekejap sahaja? Tak lama pun jalan. Jawapannya, otot orang tua tidak fit. Jadi faktor kecergasan otot juga memainkan peranan. 



Jangan hanya tertumpu kepada larian tetapi imbangi dengan aktiviti bebanan 
Sumber foto : Jika Kena Dengan Teknik, Anda Boleh Berlari Pada Jarak 10 Kilometer - MASKULIN


Juga disebabkan kurang melakukan aktiviti regangan. Pentingkah regangan?. Penting…sepenting komponen latihan yang lain kerana regangan mampu melenturkan seterusnya mengurangkan ketegangan otot dan tendon. 



 SAKIT LUTUT? SELESAIKAN

DENGAN URUT-URUT








Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG