PASTIKAN TUKANG URUT MAHIR , BARU URUT
Rasanya dalam media sosial dah beribu coach jumpa aksi-aksi tukang urut mengurut. Jadi coach nak kongsikan 3 cara mengenal tukang urut itu betul-betul mahir atapun tukang urut jadi-jadian supaya anda dapat menghindar daripada tersalah urut.
SEJARAH
Tukang urut tidak mengurut tanpa asas maklumat. Jadi sekiranya anda mendapati tukang urut itu terus sahaja meluncurkan tangannya dan membisu sehingga ke akhirnya itu adalah ‘bendera merah’. Tukang urut harus tahu kondisi pelanggannya terlebih dahulu. Kena tahu tentang punca kesakitan, kronologi kesakitan dan lain-lain supaya tekanan dan teknik urutan dapat diselaraskan mengikut keperluan. Dalam hal ini, coach menggunakan 2 kaedah iaitu bertanya secara formal atau bertanya secara tidak formal mengikut respon pesakit.
TONTON VIDEO INI.
CARA COACH MENDAPATKAN
MAKLUMAT KECEDERAAN
Foto Coach sedang mencari otot yang bengkak sambil berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat kesakitan |
PENILAIAN
Apa yang dikatakan oleh pesakit tidak semestinya tepat. Itulah sebabnya tukang urut harus menilai dan menguji untuk memastikan keberkesanan urutan. Mengikut pengalaman coach, semakin lewat pesakit bertemu tukang urut, semakin bercelarulah fakta yang dikongsikan.
Ada macam-macam cara penilaian antara yang biasa coach lakukan adalah dengan meminta pesakit membuat lakun semula atau demonstrasi. Jadi jika anda tidak ditanya dengan soalan yang spesifik, itu juga merupakan petanda awal tukang urut itu tidak berpengalaman.
Foto coach sedang menilai kesakitan pesakit melalui demostrasi senaman yang dilakukan |
TEKANAN
Tukang urut yang mahir tidak menekan ikut suka hati. Pesakit seharusnya merasa ‘sakit-sakit sedap’ yang bermaksud rasa sakit yang terkawal tetapi melegakan. Semakin lama ditekan semakin lega dan kesakitan beransur hilang. Namun jika tukang urut itu tidak berpengalaman, tekanannya akan terlalu kuat sehingga menyakitkan atau terlalu ringan sehingga tidak berasa apa-apa. Bagi coach untuk mendapatkan tekanan yang betul, tukang urut harus memastikan postur tangan dalam keadaan yang tepat supaya tekanan urutan bukan dari tapak tangan tetapi dari bahu.
KLIK FOTO DI BAWAH UNTUK
APPOINTMENT
URUTAN SUKAN TERBAIK
Comments
Post a Comment