FULL BODY SPORTS MASSAGE, APA BEZANYA?

SAKIT, LENGUH DAN LESU BADAN? 
KLIK SINI SEKARANG 
URUT-URUT BY COACH SUFIAN


Jika anda merasakan urut sekadar urut, ertinya anda silap. Justeru posting ini coach akan kongsi 3 perbezaan antara Full Body Sports Massage dengan Specific Sports Massage yang coach lakukan. 

TEKAN FOTO INI 
UNTUK MEMBACA REVIEW



KADAR TEKANAN

Matlamat Full Body Sports Massage adalah untuk relax, tenang dan rasa fresh selepas diurut. Sementara Specific Sports Massage bertujuan untuk merawat kesakitan atau dengan kata lain, pulih selepas urutan.

Lalu, kadar tekanan tentulah amat berbeza. Tekanan bagi Full Body Sports Massage harus sederhana. Apa maksud sederhana? Ertinya rasa sakit ditekan tetapi terkawal. Orang panggil sakit-sakit sedap. Sementara Specific Sports Massage kadar tekanannya kuat.


TEKAN FOTO INI 
BACA REVEIW SEKARANG



Jadi mana satu lebih mudah? Untuk menjaga kualiti, Tekanan sederhana atau urutan Full Body Sports Massage lebih sukar kerana tukang urut dengan mudah boleh melakukan kesilapan dengan menekan terlalu kuat atau terlalu ringan kerana lapisan otot di liputi oleh ketebalan lemak. 

 

PERMUKAAN DAN SENTUHAN

Untuk Full Body Sports Massage, tangan tukang urut harus diluncurkan dengan luas dan sentuhan harus berterusan. Sementara Specific Sports Massage pula sebaliknya. Ini bertujuan memberi kesan kepada reseptor rasa di kulit bagi menghantar signal ke minda pesakit. 

Disinilah ramai tukang urut gagal kerana pesakit tidak menerima signal positif disebabkan  sentuhan yang tergesa-gesa dan tidak mencakupi luas sebenar permukaan. Tekanan yang betul, akan menghasilkan endorphine dan mengurangkan cortisol bagi mengawal stress. 


BACA KOMEN PESAKIT 
SELEPAS URUT 
FULL BODY SPORTS MASSAGE



PERLUKAH WANITA DIURUT? 
TONTON VIDEO INI


TEKNIK URUTAN 


Teknik urutan sebenarnya tidak bersifat tetap kerana setiap pesakit berbeza saiz otot, ketegangan otot, ketebalan lemak dll. Namun untuk Full Body Massage teknik efluarage dan kneading mendominasi sementara Specific Sports Massage pula banyak melibatkan teknik drainage. 


INGIN RASA RELAKS, 
FRESH, LEGA DAN KURANG STRES 
SET TEMUJANJI ANDA SEKARANG











 


 

Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG