MEMBANTALKAN BAHU SUAMI
Oklah kalau sekali sekala, tapi kalau sudah menjadi rutin membantalkan bahu suami itu boleh mengundang cedera. Justeru posting kali ini coach akan kongsikan mengapa membantalkan bahu suami bahaya?. Jom!
POSISI KEPALA
Tempat paling biasa isteri landing-kan kepalanya yang berat sekitar 5 kilo itu adalah samada bahu atau dada. Dada menjadi favourite sebab ia agak rata berbanding bahu. Namun dibawah ‘bantal’ dada itu terdapat laluan saraf yang apabila ditindih dengan kerap dan lama ia akan mengganggu sistem saraf ke tangan. Jika bahu menjadi pilihan landing ia lebih bahaya kerana bukan sahaja menjejaskan saraf, ia menjejaskan otot, ligament dan sendi bahu (glenohumeral joint).
Dua kebiasaan lokasi landing kepala isteri ke tubuh suami
KOMEN PESAKIT SELEPAS
URUTAN BAHU
Masa awal perkahwinan bila bini landing tidak menjadi masalah kerana otot ini masih sihat. Tetapi apabila menjengah usia 40 tahun keatas, sibuk dengan aktiviti seperti menaip, memandu menunggang motosikal otot ini mula bengkak dan daya tahannya merosot. Kesannya baru bini letak 2, 3 minit tangan sudah mula rasa kebas-kebas dan sakit.
KESAN LANGSUNG
Apabila gangguan saraf berlaku, otot lengan akan terasa lemah, sukar diangkat dan sebagainya. Jika saraf radial yang dihimpit, maka akan berlaku Radial Tunnel Syndrome seperti wrist drop.
Saraf radial yang terhimpit boleh menyukarkan
tapak tangan diangkat (extension).
Selain bini membantalkan bahu, cara pesakit penggunakan tongkat juga sama impaknya. Jangan tersilap teknik ketika menggunakan tongkat semasa rehabilitasi kerana ia akan menekan saraf yang melalui kawasan bahu dan dada.
Tongkat yang digunakan akan menekan saraf. Konsep tongkat adalah membantu,
ertinya bukan 100% meletakkan bebanan keatasnya.
Konklusinya, jangan selalu membantalkan bahu dan dada suami. Kalau nak membantal, pastikan otot dada ditingkatkan kekuatannya dengan senaman.
Comments
Post a Comment