FROZEN SHOULDER

Apakah itu Frozen Shoulder? Mari coach kongsikan supaya tidak keliru. Frozen shoulder juga dikenali sebagai adhesive capsulitis yang memberi maksud kapsul yang meliputi sendi bahu keradangan, tegang dan tidak elastik.  Jadi disebabkan kapsul mengelilingi sendi (tulang humerus dan belikat) jangan pula disamakan dengan sakit bahu disebabkan otot kerana otot dari kumpulan rotator cuff juga membaluti sendi bahu. 



SAKIT BAHU? 
BUAT TEMUJANJI ANDA SEKARANG. 
KLIK  FOTO DI BAWAH


PUNCA 


Punca sebenar tidak diketahui, tetapi apa sahaja perkara yang membuatkan kapsul tercedera ia merupakan faktor risiko berlakunya frozen shoulder. Salah satu faktor risiko adalah semakin seseorang itu meningkat usia (40-60 tahun) risiko mendapat frozen shoulder semakin tinggi kerana kondisi kapsul (ligamen) lemah seiring peningkatan usia. 


 


Selain itu, kecederaan bahu juga menjadi faktor risiko kerana apabila bahu direhatkan (tidak digerakkan kerana pemulihan atau kesukaran) kapsul akan menjadi tegang, bengkak. Apatah lagi jika kecederaan bahu tersebut melibatkan kapsul yang tentunya akan meninggalkan parut yang akhirnya menjelaskan fungsi kapsul. 




Akhir kata, elak punca atau 2 faktor risiko ini dengan (1) Melambatkan ‘penuaan kapsul’ dengan aktif bersenam dan (2) Elak berlakunya kecederaan dibahu. 


SAKIT BAHU? 
BUAT TEMUJANJI ANDA SEKARANG. 
KLIK FOTO DIBAWAH



  


 


Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG