DEPRESI UNDANG KELESUAN TUBUH
“Entahlah, akhir-akhir ini cepat sangat rasa penat. Tidur dah cukup. Tapi masih juga rasa penat, lesu dan hilang mood nak buat kerja”. Itu antara kata-kata yang biasa coach dengar semasa berbual dengan pesakit sebelum memulakan Full Body Sports Massage. Sebenarnya mereka bukan apa-apa tetapi mereka mengalami depresi kerja, rumahtangga, anak-anak dan sebagainya. Jadi posting kali ini coach kongsikan 3 penyebab berlakunya depresi yang mengheret kepada kelesuan.
MASALAH TIDUR
Tidur yang tidak cukup secara berterusan memang akan mengganggu sistem saraf terutama organ otak. Ia akan mengganggu corak pemikiran, mengurangkan kepekaan, mengurangkan daya ingatan dsbnya. Berdasarkan kajian, tidur yang terganggu ini boleh mengganggu kandungan gula dalam darah dan mengganggu sensitiviti insulin (1) akhirnya, membuat tubuh menjadi lesu.
DIET
Tak dapat makan pun stres, makan berlebihan pun timbulkan stres. Bila kedua-dua keadaan ini berlaku dalam jangkamasa yang lama ia akan menimbulkan depresi. Berdasarkan kajian, mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi anti radang mudah mendapat depresi.
“Researchers found that a healthy diet (the Mediterranean diet as an example) was associated with a significantly lower risk of developing depressive symptoms.” (4)
STRES
Stres yang berpanjangan boleh mencetuskan keradangan. Dalam konteks lesu, stres akan meningkatkan hormon kortisol (2) yang akan mengecilkan densiti otot (cushing syndrome). Stress yang berpanjangan juga boleh melemahkan sistem pertahanan (lymphocyte) badan lalu mendedahkan seseorang kepada penyakit, demam (lemah) dan sebagainya.
Rujukan :
Comments
Post a Comment