KEJANG!


Cramp atau Kejang tidak boleh dianggap biasa-biasa jika ia kerap kali muncul. Justeru ia harus ditangani dengan kaedah yang betul seperti sports massage.


Pernah mengalami Cramp atau kejang? Lagi bertambah bingung dan bengang bila ia muncul ketika sedang asyik berlari. Aduhai potong stim!. Jom coach bantu fahami mengapa cramp berlaku.

TONTON KOMEN PESAKIT BETIS
SELEPAS URUTAN SPORTS MASSAGE




PUNCA MUSCLE CRAMP


Cramp atau Kekejangan otot ialah sakit disebabkan kontraksi otot yang tidak dapat dikawal secara tiba-tiba. Ia berpunca dari pelbagai sebab antaranya dehidrasi, keletihan (overused), faktor cuaca (panas atau sejuk) dan sebagainya.  Apabila cramp terjadi, ia lazimnya mengambil masa beberapa saat hingga minit. Namun kesan kontraksi otot (tegang) ada kalanya berlanjutan sehingga beberapa hari dan memerlukan bantuan urutan sukan.


KLIK FOTO, BACA KOMEN PESAKIT 
SELEPAS URUTAN SPORTS MASSAGE




ANATOMI 


Cramp boleh berlaku dimana-mana bahagian tubuh seperti di abdomen (perut) dan belikat. namun yang paling kerap dan kebiasaannya terjadi di bahagian betis yang melibatkan otot seperti soleus, tibialis posterior dan gastrocnemius. Ia juga mengikut corak sesuatu sukan. Contohnya sukan bolasepak yang melibatkan aktiviti menendang atau knee extension sudah tentu kawasan cramp lebih lazim berlaku di belakang dan depan paha yang melibatkan otot hamstring dan quadriceps.


Lazimnya, kejang berlaku di kawasan betis melibatkan otot gastrocnemius.

Sumber foto : https://www.activecarepodiatry.com.au/calf-muscle-cramps/



Pemain bola sepak kerap mengalami kejang otot dibahagian bawah peha kerana aktiviti menendang dan berlari melibatkan otot Hamstring.

Sumber foto : https://ar.pinterest.com/pin/127156389449630909/?amp_client_id=CLIENT_ID%28_%29&mweb_unauth_id=


SELALU KEJANG DAN SAKIT BETIS
KLIK FOTO DIBAWAH UNTUK APPOINTMENT


PENUTUP 


Kejang boleh diatasi kerana sebelum otot menguncup secara involuntary, tubuh telahpun memberi tanda-tanda awal. Lalu, jangan buat tak reti tetapi ambillah langkah-langkah yang perlu seperti berhenti bersukan dan lakukan senaman regangan. 









Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG