Posts

Showing posts from March, 2024

SAKIT TAPAK KAKI BILA PIJAK

Image
Coach sedang meneliti kecederaan kaki sebelum melakukan urutan specific sports massage   SAKIT TAPAK KAKI BILA PIJAK  Sakit kaki bila pijak ini bersifat umum dan luas sebab musababnya. Boleh jadi sakit kaki itu berpunca dari kecederaan ligamen, boleh jadi juga disebabkan retak tulang dan boleh jadi juga disebabkan tendon otot bengkak.Eh! macam -macam. Jika seseorang rutin kerjanya berdiri dan berjalan seperti juru jual, pegawai keselamatan atau seumpamanya lalu mengadu sakit berhampiran tumit, rasa sakit itu dikenali sebagai plantar fasciitis iaitu keradangan pada tisu penghubung (fascia). TONTON VIDEO PESAKIT TAPAK KAKI KLIK FOTO INI KLIK FOTO DIBAWAH DAN  BACA KOMEN PESAKIT  Plantar Fascia sebenarnya berfungsi sebagai ‘spring’ yang menyerap bebanan. Ia bekerja bersama-sama dengan plantar calcaneonavicular ligamen, short plantar ligamen dan long plantar ligamen.   Antara penyebab berlakunya Plantar Fasciitis ini adalah pengaruh berat badan dalam jangka masa lama. Dimana ketika berdir

SAKIT PINGGUL KERANA DUDUK LAMA

Image
  SAKIT PINGGUL KERANA DUDUK LAMA Duduk salah berdiri pun salah. Tapi kerja mesti diselesaikan. Itulah dilema mereka yang mengalami sakit pinggul ketika duduk. Bila dirujuk kepada doktor, antara saranan popular adalah “tolong kurangkan berat badan”. Justeru posting kali ini coach akan bincangkan adakah berat badan punca sakit pinggul .  KLIK FOTO DIBAWAH TONTON BEFORE AFTER KESAN URUTAN SUKAN PINGGUL HAMPIR PUSAT BEBAN Secara umum titik bebanan manusia berada di separuh daripada struktur badan yang terletak di Sacro Lumbar joint. Disinilah titik bebanan Apabila duduk dalam postur yang salah (senget) titik bebanan akan bergerak ke sacroiliac joint.  Namun ketika duduk, titik beban ini bergerak ke Sacroiliac joint yang berada di pinggul. Keadaan ini, menyebabkan kita terasa bebanan betul-betul berada dipinggul OBES BUKAN PUNCA UTAMA SAKIT PINGGUL Pernyataan semakin seseorang itu obes semakin tinggilah bebanan di pinggul dan semakin berisiko mendapat sakit pinggul pada coach tidak begitu

SAKIT SARAF SCITICA

Image
 SARAF SCIATICA  “Sakit Sciatica lah coach. Rasa sayalah. Sebab tanda-tandanya sama macam di google”, kata pesakit. Apabila coach tenung wajahnya, kelihatan masih kurang jelas. Jadi mari coach kongsikan apa tu Sciatica Nerve dan kaitannya dengan kesakitan. KLIK FOTO & LIHAT KOMEN PESAKIT SCIATICA ANATOMI SCIATICA Sciatic nerve atau Saraf Sciatica adalah saraf paling besar dan panjang yang menghubungkan saraf tunjang ke kaki atau lower limb di kedua-dua belah . Sciatica adalah sambungan atau gabungan  saraf dari L4,L5,S1,S2 dan S3 menuju ke belakang paha dan berpecah 2 di belakang lutut menuju tapak kaki. PUNCA SAKIT SCIATICA   Sciatica adalah saraf yang berfungsi membawa impuls (gelombang elektrik). Jika timbul gelombang elektrik yang membawa rasa seperti kebas di kaki, kurang bermaya disebahagian anggota badan, rasa seperti ditekan, sekali sekala rasa menyucuk dan rasanya menjalar itu secara umum menunjukkan saraf sciatica sedang ditindih atau dihimpit. Jika berlaku di pinggul  da

MIGRAIN

Image
  Coach sedang meneliti dan membuat urutan kepala bagi mengatasi migrain  MIGRAIN Migrain adalah sakit kepala yang boleh menyebabkan sakit berdenyut yang teruk atau sensasi berdenyut, biasanya pada sebelah kepala. Ia sering disertai dengan loya, muntah dan kepekaan yang melampau kepada cahaya dan bunyi. PUNCA MIGRAIN  Sehingga kini, punca migrain atau punca sakit kepala masih belum diketahui. Tetapi, antara faktor mengapa migrain boleh tercetus adalah kerana didorong oleh genetik, persekitaran, dan gaya hidup sendiri. Dari sudut sains, pakar bersetuju serangan migrain boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan interaksi kimia dalam otak. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan migrain kerap berlaku antaranya: Makanan yang tinggi kandungan garam Ubat Hormon seperti pil perancang dan terapi hormon Penambah rasa dalam makanan seperti bahan pengawet dan monosodium glutamate (msg) Minuman beralkohol dan minuman berkafein Tekanan – stress Diet yang salah (kurang makan) ANATOMI  Apab

KEJANG!

Image
Cramp atau Kejang tidak boleh dianggap biasa-biasa jika ia kerap kali muncul. Justeru ia harus ditangani dengan kaedah yang betul seperti sports massage . Pernah mengalami Cramp atau kejang? Lagi bertambah bingung dan bengang bila ia muncul ketika sedang asyik berlari. Aduhai potong stim!. Jom coach bantu fahami mengapa cramp berlaku. TONTON KOMEN PESAKIT BETIS SELEPAS URUTAN SPORTS MASSAGE PUNCA MUSCLE CRAMP Cramp atau Kekejangan otot ialah sakit disebabkan kontraksi otot yang tidak dapat dikawal secara tiba-tiba. Ia berpunca dari pelbagai sebab antaranya dehidrasi, keletihan (overused), faktor cuaca (panas atau sejuk) dan sebagainya.  Apabila cramp terjadi, ia lazimnya mengambil masa beberapa saat hingga minit. Namun kesan kontraksi otot (tegang) ada kalanya berlanjutan sehingga beberapa hari dan memerlukan bantuan urutan sukan. KLIK FOTO, BACA KOMEN PESAKIT  SELEPAS URUTAN SPORTS MASSAGE ANATOMI  Cramp boleh berlaku dimana-mana bahagian tubuh seperti di abdomen (perut) dan belikat.