PELARI SAKIT IT BAND
Coach sedang memeriksa dan mengenalpasti kecederaan IT Band |
IT BAND
IT Band adalah singkat bagi Iliotibial Band. Ia adalah jalur tisu tebal dan kuat yang berada tepi (lateral) paha. Ia berada memanjang dari tulang pinggul ke bahagian atas tulang kering
Sumber foto : IT Band Syndrome
----------------------------------------
MENCARI TUKANG URUT WANITA UNTUK IT BAND ANDA?
FUNGSI
IT Band amat penting kepada aktiviti pergerakan kaki. Ia banyak berfungsi dalam pergerakan menghayun kaki ketika berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berlari, menaiki tangga. Pendek kata melangkah saja kaki IT Band terlibat.
IT Band terlibat dalam banyak pergerakan kaki termasuk ketika berlari, berjalan kaki dan mendaki.
Sumber foto : https://www.commonhealth.com.tw/article/75790
Mendaki bukit melibatkan IT Band.
Sumber foto : https://www.glamourmagazine.co.uk/article/soft-hiking
PUNCA IT BAND CEDERA
Dari pengalaman coach mengurut, dan pembacaan, IT Band ini berlaku disebabkan overused dan kurang memberi perhatian pembinaan daya ketahanan otot tepi paha. Pesakit lazimnya fokus kepada ‘skil’ sesuatu sukan berbanding aktiviti bebanan. Justeru adakan sesi bebanan seperti leg press dalam seminggu latihan.
Berbasikal tanpa mengadakan jadual latihan bebanan boleh mengundang kecederaan IT Band. Sumber foto : https://www.sinarharian.com.my/article/44937/berita/sukan/malaysia-ada-pelapis-bermentaliti-juara-azizulhasni
Salah satu latihan bebanan yang perlu ada untuk mencegah masalah IT Band ialah Leg Press.
Sumber foto : Leg Press Machine
Comments
Post a Comment