PUNCA SAKIT DAN KEBAS-KEBAS



Selalu coach didatangi oleh pesakit yang mengadu sakit dan kebas-kebas atau semut-semut. Jadi posting kali ini coach nak kongsikan puncanya terlebih dahulu supaya kita tahu untuk membuat tindakan susulan. 


SARAF 


Apabila menyebut fasal rasa sakit dan kebas-kebas ia secara jelas berkait dengan sistem sarafSistem saraf terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu saraf pusat dan saraf peripheral. Saraf pusat berperanan sebagai memproses dan memberi arahan, sementara saraf peripheral pula menjadi sebagai ‘jambatan’ mengalirkan maklumat dari badan ke saraf pusat (otak) atau dari otak ke badan. Saraf Peripheral pula terbahagi kepada 2 iaitu somatic dan autonomic. Maka, jika anda berasa sakit dan kebas-kebas, itu bererti wujud masalah pada sistem saraf kerana rasa itu diterima oleh reseptor rasa (saraf peripheral) menuju ke sistem saraf pusat.



nerve system of human body - Search Images (bing.com)


HIMPITAN SARAF



Selain rasa sakit dan kebas-kebas berpunca dari masalah Non-Complicable Disease seperti diabetes, rasa yang sama juga boleh berlaku apabila saraf terhimpit sama ada dihimpit oleh hard tissue seperti tulang atau oleh soft tissue seperti otot, tendon, ligamen dsbnya. 



TULANG MENGHIMPIT SARAF


Jika tulang yang menghimpit saraf, kebiasaanya berpunca dari terkehel. Ini biasanya disebabkan sendi tidak kuat atau berlaku kecederaan di sendi yang melibatkan ligamen atau gabungan kedua-dunya sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh osteoarthritis yang mengundang berlakunya lebihan tulang atau spur. 


Spur adalah contoh tulang menghimpit saraf.

  Sumber foto : spur at spine - Search Images (bing.com)




OTOT MENGHIMPIT SARAF 


Jika soft tissue (otot, tendon dll) menjadi punca saraf terhimpit, itu bererti sudah berlaku Inflammation (radang, bengkak, tegang) pada tisu menyebabkan sifat elastik otot bertukar menjadi keras. Jika seseorang meningkatkan bebanan seperti duduk, berlakulah himpitan saraf. Contohnya seperti piriformis syndrome. 



Piriformis syndrome adalah contoh otot menghimpit saraf.

Sumber foto : piriformis causes - Search Images (bing.com)




LOKASI TERHIMPIT



Jadi disini coach kongsikan antara lokasi yang biasa diadu oleh pesakit Antaranya, rasa sakit dan kebas-kebas di belakang kepala. Ia berkemungkinan saraf terhimpit di tulang leher C2 dan C3 berkemungkinan otot semispinalis capitis dan semispinalis cervic bengkak.


Otot yang membengkak dileher boleh menimbulkan sakit dikepala. 
Sumber foto : spinalis neck - Search (bing.com) - Search Images


Lokasi saraf terhimpit memberi kesan kepada sakit dibelakang kepala.
Sumber foto : greater occipital nerve - Search Images (bing.com)



Juga di seluruh kaki dari pinggul, paha, betis dan tapak kaki itu bererti ada saraf terhimpit di Lumbar 4 dan 5 yang berkemungkinan berpunca dari otot quadratus lumborum bengkak.


Lokasi sakit disebabkan saraf terhimpit di belakang badan.  Sumber foto : lumbar nerve innervation - Search Images (bing.com)



Otot quadratus lumborum ini selalu tegang dan dikaitkan dengan rasa kebas-kebas di kaki. Sumber foto : quadratus lumborum and nerve - Search Images (bing.com)


SAKIT DAN KEBAS-KEBAS

KAKI & TANGAN?

KLIK FOTO DIBAWAH & SET APPOINTMENT

SEKARANG

 




Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG