TERLENA SEKEJAP MERANA SELAMANYA

Lena seketika ketika memandu sangat-sangtlah bahaya. Jika terlena semasa anda menekan padel minyak pada kelajuan 90kmh, anda sebenarnya telah terlena sejauh 120 meter fuh! Jauh tu!. Sedar-sedar dah di alam lain. Naya. Jadi mari urut-urut bantu bagaimana nak mengatasi lena ketika memandu. 

  

PUNCA TERLENA

Benar, penat dan kurang tidur adalah sebahagian puncanya, namun penjelasan tentang perkaitannya harus difahami sebaiknya. Bagi urut-urut punca Lena Ketika Memandu boleh dipecahkan kepada 3 bahagian. Tetapi, untuk posting ini urut-urut hanya menyentuh 2 perkara sahaja. 

KESIHATAN


Satu, tahap kesihatan dimana kebiasaanya mereka yang selalu terlena ini adalah individu yang kurang cergas yang selalu dikaitan dengan masalah berkaitan kardiovaskular dan kardiorespirotari.


Jantung (kardiak) adalah pengepam dan saluran darah (vaskular) adalah jalanraya bagi darah membawa oksigen ke seluruh tubuh termasuk organ pemanduan seperti otak, otot mata, organ telinga, leher dll. Darah yang 'fresh' (tinggi kandungan oksigen) perlu dibekalkan dengan cekap sepanjang pemanduan. Jika sistem kardiovaskular ini bermasalah, isipadu oksigen akan berkurangan lalu menjejaskan fokus pemanduan seterusnya boleh menjetuskan microsleep atau terlena seketika. Sumber foto : cardiovascular system - Bing images


Kajian menunnjukkan memandu dalam jangaka panjang (berterusan memandu) atau berulang-ulang setiap hari boleh meningkatkan tekanan darah"




TIDUR


Kedua, berpunca dari gaya hidup yang menjurus kepada kualiti tidur yang terganggu. Gaya hidup yang mengganggu kualiti tidur ini kebiasaanya disebabkan oleh jadual kerja yang ketat dan padat seperti pemandu lori, bas, penerbit rancangan dan sebagainya. Kurang tidur akan mengganggu pengeluaran hormon serotonin yang menyebabkan kemurungan atau depresi. Selain itu, tidur lewat malam juga membuatkan badan letih dan meningkatkan hormon stress.



Kurang tidur akan meningkatkan hormon stress yang dikenali sebagai hypercortisol. 
Sumber foto : tidur lewat akan memekatkan darah - Bing images


ATASI KELESUAN, STRES 
DENGAN SPORTS MASSAGE

KLIK FOTO DIBAWAH SEKARANG



CARA ATASI 

Cara yang paling tepat adalah dapatkan tidur yang nyenyak. Selain daripada itu, hanyalah untuk tujuan sementara dan efek yang pendek sahaja. Justeru untuk mendapatkan tidur yang nyenyak pastikan elak penggambilan gula yang berlebihan (kuih, biskut, nasi dll), kaffien, alkohol yang boleh menggangu aktiviti kognitif (otak), metabolisma (tubuh) seterusnya menjejaskan 'mood' untuk tidur. 

Boleh jer minum kopi tapi jangan berlebihan sehingga merangsang
aktiviti otak dan aliran darah. Sumber foto : 
kaffien - Bing images



Rancang tidur dengan elak tidur pada waktu yang tidak teratur. Contohnya untuk tubuh tidur pada waktu 9 malam, maka elak tidur pada waktu petang dan penuhi waktu petang dengan aktiviti berejalan, bermain dengan anak-anak,  bersenaman agar hormon tubuh lebih teratur dan mencetuskan mood nak tidur. 
 
Tetapi jika terpaksa, aktifkan aktiviti otak, otot dibahagian kepala, leher dan tangan dengan melibatkan aktiviti seperti mengopek dan mengunyah kuaci, mengopek dan mengunyah kacang, minum air masak dan aktif bersembang. Namun jangan terlalu banyak kerana semua makanan itu mengandungi garam (sodium) yang boleh meningkatkan stres. Bersederhana ya. :) 



ATASI KELESUAN, STRES 
DENGAN SPORTS MASSAGE

KLIK FOTO DIBAWAH SEKARANG




 




 
  
 

Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG