SAKIT BAHU, MESTI TEGANG KAT SINI
Ramai pesakit urut-urut datang untuk mendapatkan rawatan sakit dan tegang bahu. Jadi posting kali ini coach akan mengupas sendi bahu dan mengapa ia sering sakit dan tegang dikawasan bertanda merah (rujuk foto dibawah).
SAKIT DAN TEGANG BAHU?
SELESAIKAN DENGAN SPORTS MASSAGE
KLIK SINI UNTUK APPOINTMENT
Kawasan sakit dan ketegangan bahu. Sumber foto : shoulder - Search Images (bing.com) |
TONTON KOMEN PESAKIT BAHU
SELEPAS SPORTS MASSAGE
Sumber foto : shoulder joint - Search Images (bing.com) |
BAHU
Bahu (shoulder) adalah sendi yang menghubungkan tulang lengan (head of humerus) dengan tulang belikat (glenoid cavity of scapula). Ia sejenis ball and socket joint yang boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti flexion, extension, abduction, adduction dan lain-lain (rujuk foto dibawah)
Sumber foto : shoulder joint movements - Search Images (bing.com) |
OTOT BAHU
Sendi bahu diliputi atau dilintasi oleh tendon otot dari bahagian depan seperti pectoralis major dan minor biceps long head, biceps short head. Dari sisi seperti deltoid dan supraspinatus. Dari belakang seperti teres major, terer minor, infraspinatus, subscapularis, triceps dan sebagainya. Justeru kekuatan sendi bahu amat bergantung kepada otot-otot yang melintasinya.
Infraspinatus antara contoh otot yang melekat di tulang lengan dan tulang scapula dan melintasi sendi bahu. Jika otot ini sakit dan tegang, sendi bahu akan menghadapi kesukaran untuk melakukan pergerakan outward rotation. Sumber foto : infraspinatus origin and insertion - Search Images (bing.com) |
Supraspinatus antara contoh otot yang melekat di tulang lengan dan tulang scapula dan melintasi sendi bahu. Jika otot ini sakit dan tegang, anda tidak mampu mengangkat tangan. Supraspinatus juga Sumber foto: supraspinatus - Search Images (bing.com) TONTON DAN FAHAMI |
SAKIT DAN TEGANG BAHU
Sumber foto : shoulder - Search Images (bing.com) |
Trapezius tidak melintasi sendi bahu. Ia sekadar melekat di scapula spine. Sumber foto : trapezius origin and insertion - Search Images (bing.com) |
Seperti yang coach nyatakan diawal tadi, sendi bahu bergantung kepada otot yang melintasinya. Walaupun otot trapezius bukanlah otot yang melintasi sendi bahu, namun ia berfungsi sebagai penjaga (stabilizer) tulang scapula ketika tangan diangkat (adduction, abduction). Jika trapezius sakit dan tegang, tangan tidak boleh diangkat. Jika dipaksa, bergetarlah tangan (lemah).
Comments
Post a Comment