SAKIT, LESU, TEGANG DAN LETIH? ATASI DENGAN...

APA ITU LESU 


Lesu adalah keadaan penat dan lemah yang berpanjangan. Biasanya selepas tidur sepatutnya seseorang kembali segar, tetapi tidak bagi mereka yang lesu. Lepas tidur, tidur lagi, lepas tidur, tidur lagi...no ending. Lesu sering kali dikaitan sebagai penat atau letih fizikal tetapi sebenarnya ia lebih luas mencakupi 4 komponen tubuh manusia iaitu emosi, spiritual, fizikal dan mental. Untuk posting kali ini coach akan biacara soal Lesu Fizikal sahaja. 


LESU FIZIKAL 

Lesu fizikal terjadi apabila sistem kardiovaskular, kardiorespiratori, otot rangka terlebih guna atau overused sehingga timbul rasa sengal, tegang, lemah, penat, sakit dsbnya pada tubuh. Overused berbeza bagi setiap orang. Bagi individu cergas atau fit atau muda, risiko overused  adalah jauh rendah berbanding individu berumur, tidak bersenam dan mempunyai sejarah penyakit. 


TONTON VIDEO INI 
UNTUK MEMAHAMI PUNCA SAKIT, 
LESU DAN TEGANG TUBUH





PENYEBAB OVERUSED 
(KELESUAN)   

Kelesuan fizikal boleh berlaku disebabkan Hazard ErgonomikContohnya, Jika majikan tidak menyediakan kerusi yang sesuai untuk menaip (bekerja), pekerja akan mengalami sakit bahu dan leher. Ketiadaan kerusi yang sesuai adalah hazard ergonomik (peralatan). Contoh lain, Jika majikan telah menyediakan kerusi yang sesuai, lalu pekerja pula duduk tanpa mengikut amalan postur duduk yang betul ia juga dikenali sebagai Hazard Ergonomik (cara kerja). 


Apa itu Hazard Ergonomik?
Ia adalah istilah greek yang bermaksud peraturan bekerja. Peraturan bekerja ini bukanlah menjurus kepada peratuaran semata, ia bersifat luas yang merangkumi peralatan, kemudahan, proses, sistem, aktiviti, cara kerja dll. 


Kesalahan postur tubuh ketika menggunakan komputer 
adalah Hazard Ergonomik 

Sumber foto : 
http://www.ukm.my/rosh/wp-content/uploads/2015/11/Slot-6-Ergonomik-Di-Tempat-Kerja.pdf




LESU DAN SPORTS MASSAGE 

Lesu dari overused sebenarnya terkait langsung dengan sistem darah. Ketika lesu (tubuh terasa sakit, tegang, lemah dsbnya) tubuh sebenarnya sedang mengalami proses Hemostasis yang melibatkan 3 peringkat iaitu (1) saluran darah dan kapilari darah akan mengecut atau dipanggil Vasoconstriction, (2) terkumpullah dan terbentuklah platelet dan (3) darah bertukar menjadi kenyal seperti jel.  


Selepas proses Hemostasi berakhir sekitar 12 hingga 48 jam, proses keradangan atau imflammation pula mula berlaku. Pada saat inilah, Sports Massage atau Urut-Urut amat perlu dilibatkan. Mengapa? 

Tujuannya bagi memendekkan proses keradangan yang dikaitan dengan aliran darah yang perlahan kesan Hemostasis. Kedua, Sports Massage akan mempercepatkan proses menambah tisu baharu dengan membekalkan oksigen kepada tisu yang koyak.  Jadi, Sports Massage dengan kepelbagaian tekniknya seperti efluarage, kneading, Cross Fibre meneawarkan penyelesaian bagi mengatasi kelesuan.  


ATASI KELESUAN 
DENGAN SPORTS MASSAGE

KLIK FOTO DIBAWAH SEKARANG






Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG