PUNCA DAN SEBAB SAKIT PAHA

Sakit paha di bahagian luar selalu berlaku kepada pelari. Dibahagian hadapan paha pula, kepada orang berusia dan kerap menaiki tangga, mendaki gunung dan sebagainya. Kenapa berbeza-beza? Jom coach kongsikan punca dan sebab sakit paha. 


Tiga kelompok atau compartment paha.



PAHA 


Paha mempunyai banyak otot yang dikelompokkan kepada 3 bahagian iaitu depan (Anterior), dalam (Medial) dan belakang (Posterior). Dibahagian hadapan (anterior) melibatkan 5 otot iaitu Vastus lateralis, vastus medialis, vastus intermedius, rectus femoris dan sartorius. Dibahagian medial melibatkan Adductors Group iaitu Adductor brevis, Adductor magnus, Adductor longus dan Gracilis. Dibahagian belakang (posterior) pula melibatkan biceps femoris (short dan long head), Semitendinosus dan semimembranosus. 


Sumber foto : thight compartment - Search Images (bing.com)





PUNCA 


Paha ini struktur ototnya besar, maka ia sukar cedera dan sakit. Namun jika kita tak pandai menjaganya, tidak mustahil kecederaan boleh berlaku. Berdasarkan tekanan (pergerakan), terdapat 2 bentuk kecederaan yang biasa berlaku di paha iaitu pergerakan mengejut (sudden movement) dan terlebih berlatih (overused).


SAKIT PAHA? MENCARI TUKANG URUT LELAKI & WANITA? KLIK FOTO DIBAWAH 




RISIKO SUDDEN MOVEMENT 


Disebabkan otot paha ini besar, kuasanya pun besar. Sekiranya seseorang bergerak secara mengejut seperti memecut, melompat bahagian tendon akan cedera kerana imbalance force menyebabkan otot yang kuat meregangkan otot yang lemah. 



Atlet yang menceburi sukan olahraga seperti acara 100 meter, lompat tinggi, lompat jauh adalah antara yang berisiko. Kalau bukan bukan atlet, mereka yang bersukan secara suka-suka (leisure), tidak berjadual, tidak mempunyai latihan yang sempurna dan tidak melakukan pemanasan badan adalah berisiko. Selain itu juga mereka obes dan bekerja di sektor kolar biru seperti jurutera binaan, jurutera elektrik, mekanik, pemandu dan sebagainya. 


Kebanyakan yang mengalami sakit pada tendon akan jelas kelihatan semasa coach melakukan physical assessment seperti sit and stand. Mereka pun lazimnya akan mengakui rasa sakit di hadapan paha ketika bangun dari sujud ke i'tidal dan ketika bangun dari tandas duduk. 



Bergantung kepada corak pergerakan, tendon yang biasa cedera adalah patellar tendon dan quadriceps tendon. Dibahagian belakang pula melibatkan biceps femoris short head tendon dan semitendinosus. Dibahagian dalam (medial) pula melibatkan gracilis tendon.   






RISIKO OVERUSED 


Disebabkan otot paha jarang sakit, maka ramai yang endahkan rasa tegang, kekejangan, rasa, sakit on off (seperti di awal pergerakan rasa sakit tetapi kemudiannya hilang) dan rasa lesu (seperti ketika berlari, menaiki tangga dsbnya.). Jadi mereka ‘peram’ hingga satu masa otot semakin sakit. 


Atlet yang menceburi sukan olahraga berjarak sederhana dan jauh, angkat berat, bina badan, berbasikal, berenang, memanah, tenpin boling dan pelumba serta pekerja yang melibatkan aktiviti berjalan, menaiki dan menuruni tangga yang melibatkan ulangan yang tinggi, jangkamasa yang panjang serta kontraksi isometrik adalah berisiko. 


Mereka yang terkena kepada overused ini lazimnya mengalami 2 jenis kecederaan iaitu compartment syndrome dan strain. Jika terkena strain rasa sakit akan berpusat di tengah-tengah otot atau 1 per 3 dari keseluruhan permukaan otot. 



Bergantung kepada corak pergerakan, bagi atlet olahraga, otot-otot yang biasa cedera adalah Rectus femoris dan biceps femoris. Sementara pelari jarak jauh dan trail biasanya melibatkan Vastus lateralis dan sartorius. Bagi pekerja pula biasanya melibatkan kesemua bahagian paha terutama bahagian menghampiri pinggul kesan berat badan dan duduk terlalu lama


SAKIT PAHA??? 
BUAT TEMUJANJI ANDA SEKARANG. 
KLIK FOTO DIBAWAH






 

Comments

Popular posts from this blog

PINGGUL SAKIT, BERDENYUT BERSERTA KEBAS KAKI

SAKIT LEHER KERANA KOMPUTER

DUDUK LAMA PUNCA SAKIT BELAKANG