DUA LOKASI SAKIT DI PINGGUL
Kadang-kadang kita keliru antara sakit pinggul atau sakit belakang, sebab keduanya berdekatan akhirnya tak tahu nak buat apa. Jom coach bantu!. Dalam konteks kesakitan di pinggul, terdapat 2 sendi yang lazim menjadi punca kesakitan. Ia adalah Sacroiliac joint yang menyantumkan tulang pinggul (ilium) dan tulang belakang (sacrum) dan Hip joint yang menyantumkan tulang pinggul dan tulang paha.
Bulatan merah adalah sendi sacroiliac, bulatan kuning merujuk sendi hip (paha). |
MENCARI TUKANG URUT WANITA UNTUK SAKIT PINGGUL ANDA?
SET TEMUJANJI ANDA SEKARANG < TEKAN SINI >
SENDI SACROILIAC
Salah satu sebab sacroiliac joint menjadi tumpuan sakit kerana rutin duduk yang lama . Apabila duduk lama, bebanan badan akan mengerakkan sacrum ke bawah sementara ilium tidak bergerak. Kesannya ligamen yang memegang sendi, mengalami bengkak dan tegang. Lama kelamaan ia akan menghimpit saraf lalu menimbulkan rasa sakit di pinggul.
Sumber foto : sit desktop - Search Images (bing.com)
Semakin badannya berat, semakin berisiko untuk sakit kerana bebanan menyebabkan ligamen yang menjaga sendi sacroiliac terpaksa bekerja berkali ganda untuk mengawal sendi.
Lalu otot- otot seperti gluteus medius, gluteus minimus, gluteus maximus, sebahagian piriformis serta sebahagian luar paha seperti tensor fascia latae dan vastus lateralis akan membengkak, tegang dan sakit.
Otot ini seringkali mengalami IT Band Syndrome yang turut disebabkan oleh sendi sacroiliac.
SENDI HIP (PAHA)
Manakala hip joint lazimnya dikaitan sebagai punca sakit disebabkan oleh sendi hip (paha) yang tidak stabil kerana faktor ligamen atau otot sekeliling yang lemah. Hip joint adalah ball and socket joint yang kekuatannya bergantung kepada kekuatan otot sekelilingnya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu berlari, ketika standing phase, hip joint akan menerima tekanan. Jika ligamen atau otot sekelilingnya lemah sendi tersebut menjadi tidak stabil lalu mengundang risiko bengkak dan tegang di pinggul.
Ligamen yang lemah atau otot sekeliling sendi yang lemah boleh menyebabkan sendi paha (hip joint) tidak stabil dan membuka risiko kecederaan. |
Comments
Post a Comment