Posts

Showing posts from June, 2023

TEGANG LEHER TAPI SAKIT DI DADA

Image
Selalu coach didatangi dengan pesakit yang mengadu sakit dan tegang leher disamping sukar menelan air liur dan sakit dada. Kebanyakkan mereka keliru, kenapa leher yang tegang, dada yang sakit? Jadi mari coach kupas punca dan solusinya.  TEGANG LEHER TAPI SAKIT DIDADA Terdapat 3 otot yang melekat dari tulang leher hingga tulang selangka (ribs). Apabila otot tersebut bengkak dan tegang, otot terbabit akan menimbulkan rasa sakit didada sehingga menyukarkan menelan air liur. Otot itu dikenali sebagai Anterior Scalene, Middle Scalene dan Posterior Scalene.  Sumber foto :  scalene muscle - Bing images Scalene berfungsi mencetuskan pergerakan menunduk (neck flexion), menelengkan kepala (lateral flexion), memusingkan kepala (neck rotation) dan menaikkan tulang selangka (elevates ribs), maka berdasarkan fungsi tersebut tidak dapat disangkal, bengkak atau tegang otot scalene mampu menimbulkan rasa sakit di dada dan ketika menelan air liur kerana ia melekat (insertion) di tulang selangka 1 dan 2

SAKIT BAHU, SUKAR PAKAI BAJU

Image
Sukar nak pakai baju, itulah antara keyword terpenting untuk coach bantu menyelesaikan masalah pesakit yang datang mengurut di Urut - Urut . Dari keyword itu, 99.99 % boleh dikatakan berpunca dari otot rotator cuff. Jadi jom coach kongsikan puncanya.  ROTATOR CUFF  Otot rotator cuff adalah otot dibahagian dalam yang mengelingi sendi bahu.  Justeru ia paling terdedah sekiranya berlaku sebarang kecederaan bahu berbanding deltoid yang berada di lapisan luar.  Apabila pesakit mengadu sukar memakai baju itu bererti otot subscapularis-nya tegang dan bengkak. Sumber foto :  shoulder blade movements - Bing images Kecederaan ini juga lazim berlaku kepada pemain badminton disebabkan kesilapan teknik dan overused semasa melakukan smash.  IKUTI BAGAIMANA COACH  MERAWAT SAKIT BAHU <KLIK VIDEO INI>    Tahi atau kaki gym yang struggle nak kecil dan cantikkan badan juga lazim terkena kecederaan ini terutama yang 'main tangan' seperti Dumbell Shoulder Press dan Triceps Overhead Extension