TERLENA SEKEJAP MERANA SELAMANYA
Lena seketika ketika memandu sangat-sangtlah bahaya. Jika terlena semasa anda menekan padel minyak pada kelajuan 90kmh, anda sebenarnya telah terlena sejauh 120 meter fuh! Jauh tu!. Sedar-sedar dah di alam lain. Naya. Jadi mari urut-urut bantu bagaimana nak mengatasi lena ketika memandu. PUNCA TERLENA Benar, penat dan kurang tidur adalah sebahagian puncanya, namun penjelasan tentang perkaitannya harus difahami sebaiknya. Bagi urut-urut punca Lena Ketika Memandu boleh dipecahkan kepada 3 bahagian. Tetapi, untuk posting ini urut-urut hanya menyentuh 2 perkara sahaja. KESIHATAN Satu, tahap kesihatan dimana kebiasaanya mereka yang selalu terlena ini adalah individu yang kurang cergas yang selalu dikaitan dengan masalah berkaitan kardiovaskular dan kardiorespirotari. Jantung (kardiak) adalah pengepam dan saluran darah (vaskular) adalah jalanraya bagi darah membawa oksigen ke seluruh tubuh termasuk organ pemanduan seperti otak, otot mata, organ telinga, leher dll. Darah yang 'fre