PUNCA DAN SEBAB SAKIT PAHA
Sakit paha di bahagian luar selalu berlaku kepada pelari. Dibahagian hadapan paha pula, kepada orang berusia dan kerap menaiki tangga, mendaki gunung dan sebagainya. Kenapa berbeza-beza? Jom coach kongsikan punca dan sebab sakit paha. Tiga kelompok atau compartment paha. PAHA Paha mempunyai banyak otot yang dikelompokkan kepada 3 bahagian iaitu depan (Anterior), dalam (Medial) dan belakang (Posterior). Dibahagian hadapan (anterior) melibatkan 5 otot iaitu Vastus lateralis, vastus medialis, vastus intermedius, rectus femoris dan sartorius. Dibahagian medial melibatkan Adductors Group iaitu Adductor brevis, Adductor magnus, Adductor longus dan Gracilis. Dibahagian belakang (posterior) pula melibatkan biceps femoris (short dan long head), Semitendinosus dan semimembranosus. Sumber foto : thight compartment - Search Images (bing.com) PUNCA Paha ini struktur ototnya besar, maka ia sukar cedera dan sakit. Namun jika kita tak pandai menjaganya, tidak mustahil kecederaan boleh berlaku. Ber